Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Jheains kenalpasti keperluan guru Kafa di Pulau Gaya
Published on: Tuesday, March 17, 2026
Published on: Tue, Mar 17, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Jheains kenalpasti keperluan guru Kafa di Pulau Gaya
MOHD Arifin (berdiri enam dari kanan) bersama barisan pemimpin dan wakil masjid serta surau di majlis itu.
Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) akan mengenal pasti keperluan guru agama termasuk Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Pulau Gaya bagi memenuhi pendidikan Islam di kawasan itu.

Exco Agama Islam yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata ia susulan keperluan pendidikan agama yang semakin meningkat dalam kalangan anak-anak di pulau berkenaan.

Advertisement
Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Jheains bagi mengenal pasti bentuk keperluan sebenar termasuk jumlah tenaga pengajar yang diperlukan termasuk keperluan Guru Kafa serta guru Takmir.

“Kita akan berbincang dengan Jheains bagi menentukan keperluan sebenar termasuk penyediaan guru Kafa dan guru Takmir bagi memastikan program pendidikan agama dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya juga melihat Ahli Parlimen Putatan juga telah menyediakan sebuah bangunan baharu untuk kelas Kafa dan ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Sahur dan Solat Subuh Bersama Asnaf di Pulau Gaya baru-baru ini.

Advertisement
Hadir sama Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmy Yahya, Pembantu Menteri KKTP Datuk Isnin Aliasnih, Mufti Negeri Sabah Datuk Bongsu @Aziz Jaafar, Mayor Kota Kinabalu Datuk Dr Sabin Samitah dan Ketua Pegawai Eksekutif Muis Datuk Ramlan Ag Ali.

Dalam pada itu Mohd Arifin menyatakan pihaknya juga akan berbincang dengan Ahli Parlimen Putatan untuk mengenal pasti masjid dan surau di Pulau Gaya yang memerlukan kerja pembaikan atau naik taraf.

Advertisement
“Melalui program ziarah seperti ini kita dapat perolehi maklumat secara terus daripada pengerusi masjid, surau serta ketua-ketua masyarakat mengenai keperluan sebenar di kawasan ini.

“Maklumat ini penting supaya bantuan disalurkan dapat dilaksanakan secara lebih terancang dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu bercakap mengenai majlis berkenaan Mohd Arifin berkata program sama akan dijadikan acara tahunan sempena Ramadan bagi memastikan masyarakat setempat terus mendapat manfaat daripadanya.

Dalam masa sama katanya pihaknya merancang untuk melaksanakan lebih banyak program bagi memperkasakan penghayatan Islam di kalangan masyarakat di kawasan itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang menyalurkan sumbangan termasuk Yayasan Tun Razak yang menyumbangkan naskhah al-Quran kepada masjid dan surau di kawasan itu.

Selain itu katanya Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) melalui bahagian zakat turut menyalurkan sumbangan kewangan kepada kira-kira 10 buah masjid dan surau di pulau itu.

 “Setiap masjid menerima sumbangan sebanyak RM5,000 manakala surau RM3,000 bagi membantu pengurusan dan utiliti selain sumbangan turut disalurkan kepada golongan asnaf bagi membantu meringankan beban mereka,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here