Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Cubaan seludup keluar kayu balak digagalkan
Published on: Saturday, February 28, 2026
Published on: Sat, Feb 28, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Cubaan seludup keluar kayu balak digagalkan
BOT yang membawa kayu balak itu dirampas oleh APMM.
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 24 batang kayu balak melalui perairan Lahad Datu, di sini, pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata ketika rondaan di bawah Op Pluto Timur dan Op Tiris, pihaknya mengesan dua bot kayu berwarna merah jambu dan hijau kira-kira jam 10 malam pada jarak 0.5 batu nautika di tenggara Sungai Sepagaya.

Advertisement
Pasukan terbabit segera memintas dua bot kayu tanpa nombor pendaftaran itu. Namun, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, kedua-dua bot berkenaan memecut laju dan melarikan diri ke kawasan paya bakau.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan empat batang kayu bakau dan 20 batang kayu lain yang telah dipotong. Semua kayu tersebut dipercayai dicuri dan dibawa tanpa kebenaran sah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kes akan disiasat mengikut Enakmen Perhutanan 1968 kerana membawa hasil hutan tanpa kebenaran dan Kanun Keseksaan kerana memiliki serta membawa barangan curi,” katanya.

Dzulfikhar berkata semua rampasan yang dianggarkan bernilai RM8,000 dibawa ke jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Sementara itu, APMM menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pencerobohan sumber hutan dan jenayah maritim di perairan negeri.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai aktiviti jenayah serta kecemasan boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Lahad Datu melalui WhatsApp di talian 016-9305727 atau 999 untuk tindakan segera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here