Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Calon Anak Negeri Paginatan gesa pengundi tolak rasuah
Published on: Monday, November 24, 2025
Published on: Mon, Nov 24, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Calon Anak Negeri Paginatan gesa pengundi tolak rasuah
PAGINATAN: Calon Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) bagi kerusi Paginatan Rubica Gabayoi (gambar) menegaskan pendirian menolak rasuah seterusnya menggesa pengundi di seluruh negeri agar tidak tunduk kepada amalan politik wang.

Rubica mengecam keras dakwaan amalan politik wang oleh calon lain di kawasan pedalaman itu dengan memberi amaran agar pengundi tidak memilih calon yang didakwanya mengumpul kekayaan luar biasa ketika memegang jawatan.

Advertisement
“Jangan sokong calon yang melakukan rasuah,” katanya mempersoalkan bagaimana ada calon yang mempamerkan kekayaan dan kemewahan sebagai ‘simbol kemurahan hati’ untuk menakjubkan pengundi.

Beliau mendakwa terdapat calon menggunakan wang sendiri untuk membina jalan luar bandar, menaja acara besar dan “membeli” pemimpin tempatan untuk menyokong partinya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Rubica turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perbelanjaan kempen yang terlalu besar sama ada sebelum atau semasa tempoh pilihan raya.

“Jika SPRM membenarkan perbelanjaan sebegini oleh seorang calon individu ia tidak adil kepada mereka yang mematuhi undang-undang. 

Advertisement
“Sekiranya tiada tindakan diambil lebih baik batalkan pilihan raya dan lantik sahaja dia terus ke jawatan itu,” tegasnya. 

Beliau menegaskan Anak Negeri tidak mempunyai penyumbang korporat dan bebas rasuah sambil menuduh mana-mana pemimpin yang bergantung kepada wang untuk meraih sokongan sebagai “berpotensi rasuah dan tidak boleh dipercayai”.

Advertisement
Rubica berkata pengundi Paginatan perlu memilih berdasarkan kepimpinan dan rekod perkhidmatan bukannya kemampuan calon membelanjakan wang.

Rubica turut mengkritik pesaing yang dikatakan lama berada di Kota Kinabalu dan tidak mempunyai rekod penglibatan komuniti di Ranau.

“Mereka kini aktif mempromosikan diri sebagai pemimpin berakar umbi tetapi keseluruhan kempen mereka sebenarnya berasaskan politik wang,” katanya.

Menurutnya Paginatan memerlukan pemimpin tempatan yang benar-benar memahami masyarakat dan terlibat secara langsung dalam kerja komuniti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here