Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Zara Qairina mungkin tertekan sejurus disoal pelajar senior
Published on: Thursday, November 20, 2025
Published on: Thu, Nov 20, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Zara Qairina mungkin tertekan sejurus disoal pelajar senior
Kota Kinabalu: Seorang guru kaunselor di SMKA Tun Datu Mustapha bersetuju bahawa pertemuan dengan pelajar senior pada malam sebelum Allahyarham Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolah boleh menyebabkan tekanan emosi kepada Zara.

Miswati Lundu yang memberi keterangan dalam inkues Zara pada Rabu bersetuju dengan peguam Datuk Ram Singh bahawa pertemuan pada 15 Julai untuk menyoal Zara mengenai kes kecurian boleh menimbulkan tekanan emosi kepadanya.

Advertisement
Namun beliau berkata beliau tidak pasti sama ada Zara mengalami tekanan emosi pada malam tersebut.

Miswati turut memberi keterangan bahawa seorang pelajar junior mengaku menggunakan kata-kata kesat seperti “bodoh” serta “sial” dan beliau bersetuju bahawa penggunaan kata-kata tersebut boleh menjejaskan emosi Zara malam itu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurut Miswati daripada sesi siasatan dalaman bersama pelajar senior mereka menunjukan emosi yang tidak stabil, menangis dan pada mulanya enggan memberikan respons.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatianya pelajar-pelajar senior itu berasa bersalah kerana mereka tidak menyangka tragedi akan berlaku selepas pertemuan mereka dengan Zara pada malam 15 Julai.

Advertisement
Sesetengah pelajar senior menafikan menggunakan kata-kata kesat dan berkata mereka hanya menyoal Zara, tambahnya.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyediakan laporan sesi kaunseling mengenai pelajar senior yang menemui Zara sebelum kejadian tetapi laporan itu hanya dalam sistem dan tidak dalam bentuk fizikal kerana pihak polis tidak memintanya.

Advertisement
Miswati turut memaklumkan kepada Koroner bahawa sebagai guru kaunselor beliau sudah mengingatkan para pelajar supaya tidak melakukan sebarang aktiviti tanpa pengetahuan guru.

Namun masih terdapat pelajar yang bertindak tanpa pengetahuan guru. Beliau menambah bahawa beliau turut menjalankan sesi kaunseling terhadap pelajar yang bertemu Zara buat kali terakhir selepas kejadian tersebut.

Miswati bersetuju bahawa tanggungjawab terhadap pelajar di asrama adalah di bawah seliaan para warden.

Namun katanya insiden yang menimpa Zara adalah di luar kawalan mereka.

Menurut beliau para warden telah menjalankan tugas sebaik mungkin tetapi pelajar masih mampu mencari cara untuk melakukan aktiviti tanpa dikesan.

Beliau memberitahu Koroner bahawa ada warden yang membuat rondaan dan pemantauan, manakala yang lain berada dalam keadaan ‘standby’ di rumah warden sambil menunggu aduan daripada pelajar.

Ketika menjawab soalan Datuk Ram beliau tidak bersetuju bahawa maklumat yang tular di media sosial sebelum prosiding inkues adalah dibocorkan oleh kakitangan sekolah.

Beliau juga tidak bersetuju dengan penyebaran kandungan diari Zara di platform media sosial seperti TikTok dan berkata beliau tidak tahu bagaimana isi diari itu boleh tersebar di internet.

Beliau turut menjelaskan bahawa keputusan untuk mengehadkan atau menyekat akses kepada telefon awam adalah bagi mengelakan pelajar memberikan maklumat yang tidak tepat kepada ibu bapa.

“Ibu bapa yang bimbang diminta menghubungi warden, dan warden akan memaklumkan bahawa pelajar berada dalam keadaan terkawal dan selamat serta memberikan maklumat yang tepat,” katanya.

Perbicaraan bersambung Khamis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here