Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Simpan hasil 40 peratus dalam tabung khas: Mustapha
Published on: Wednesday, November 19, 2025
Published on: Wed, Nov 19, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Simpan hasil  40 peratus dalam tabung khas: Mustapha
Simpan hasil  40 peratus dalam tabung khas: Mustapha
LAHAD DATU: Ketua PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, berkata apa-apa hasil positif daripada rundingan mengenai tuntutan 40 peratus hasil Sabah ketika ini wajar disalurkan ke dalam satu tabung khas bagi memastikan ketelusan.

Beliau berkata dana itu harus mengutamakan isu asas seperti infrastruktur dan pendidikan untuk golongan muda Sabah, sekali gus memastikan setiap peruntukan dibelanjakan mengikut keperluan sebenar tanpa kelewatan.

Advertisement
“Penubuhan tabung khas ini adalah langkah penting untuk memastikan setiap peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat,” katanya.

Mustapha berkata pelancaran manifesto PH Sabah pada Khamis akan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu asas yang sudah lama membelenggu negeri itu serta meneruskan usaha Kerajaan Madani, yang banyak telah dilaksanakan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kesinambungan penting agar peruntukan Persekutuan benar-benar sampai kepada rakyat dan menyelesaikan keperluan di lapangan,” katanya pada sidang media bersama calon PH Segama, Romansa Lamin.

Beliau turut menegaskan bahawa PH Sabah mengekalkan hubungan baik dengan Upko meskipun kerjasama politik rasmi antara kedua-dua parti telah berakhir.

Advertisement
Menurutnya, perjuangan menuntut hak Sabah perlu seiring dengan usaha mengekalkan perpaduan nasional.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here