Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Deposit rumah, bantuan warga emas
Published on: Wednesday, November 19, 2025
Published on: Wed, Nov 19, 2025
Text Size:
Text:
Deposit rumah, bantuan warga emas
HAJIJI disambut oleh penyokong dan masyarakat kampung yang menghadiri program itu.
KOTA BELUD: Anak Sabah yang membeli rumah pertama di negeri ini akan dibantu membayar wang pendahuluan jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kembali memerintah pada 29 Nov ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata itu antara perkara dalam perancangan kerajaan pimpinannya yang akan dilaksanakan jika diberi semula mandat pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) Ke-17.

Advertisement
“Contohnya, apabila membeli rumah harga di bawah RM500,000, pembeli selalunya diminta membayar deposit antara lima hingga 10 peratus.

“Jika kembali memerintah, kita akan bantu bayar deposit percuma kepada pembeli rumah pertama yang layak,” katanya berucap pada Program Jelajah Rumah Kita,

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Kita Jaga Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk dan Usukan, di pekarangan kediaman Datuk Japlin Akim di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Japlin yang juga calon GRS Usukan dan calon GRS Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari.

Advertisement
Selain itu, Hajiji berkata, rakyat Sabah berumur 60 tahun akan diberi bantuan bulanan sebagai inisiatif baharu yang akan dilaksanakan oleh kerajaan jika GRS memerintah semula.

Katanya, perancangan itu mampu dilaksanakan selepas selesai rundingan mengenai pengembalian hasil 40 peratus Sabah yang sudah mula dirunding dan dijangka akan meningkatkan pendapatan negeri.

Advertisement
“Banyak lagi yang kita rancang tapi saya tidak mahu cakap banyak sekarang kerana nanti mereka di sebelah sana (pembangkang) kata ini semua cakap politik. Tapi, apa yang kita lakukan ini adalah untuk mengatasi masalah rakyat, supaya rakyat Sabah dapat menikmati hasil dari kemerdekaan,” katanya.

Sementara itu, Hajiji meminta rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa mahu membawa perubahan di negeri ini melalui pelbagai slogan seperti ‘Selamatkan Sabah’ yang disifatkannya sebagai retorik semata-mata.

Katanya, mereka sudah diberi peluang sebelum ini menjadi kerajaan dan menjadi Ketua Menteri, selain bertahun-tahun memegang jawatan menteri penting persekutuan, namun banyak masalah rakyat tidak diselesaikan.

“Mereka (pembangkang) cakap kita gagal, tapi sebenarnya mereka yang gagal kerana dulu ketika berkuasa tidak berusaha menyelesaikan masalah jalan, air dan infrastruktur, sekarang menyalahkan kita pula.

“Ada seorang itu Menteri Kerja Raya tapi jalan raya di tempat dia pun tidak dibuat. Di Semporna sampah bersepah, tapi pandai cakap mahu majukan Sabah, sedangkan tempat merekapun tidak terurus, jalan rosak.

“Jadi, cukuplah jangan bagi mereka peluang lagi,” katanya. 

Mengenai Tempasuk dan Usukan, Hajiji yang Pengerusi GRS berkata, beliau yakin calon gabungan itu di dua kerusi berkenaan mampu mencapai kemenangan pada PRU DU Sabah Ke-17, 29 Nov ini.

Katanya, kawasan ini perlu diwakili oleh GRS supaya rakyat dapat diberi perhatian dengan lebih baik berbanding pemimpin parti lawan yang lebih banyak berpolitik.

“Saya berharap sangat ada perubahan dari segi pembangunan di Kota Belud ini,

khususnya di Tempasuk dan Usukan. Sebab itu kita perlu beri kepercayaan kepada orang baharu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here