Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
35 saksi kanak-kanak selesai beri keterangan
Published on: Thursday, November 13, 2025
Published on: Thu, Nov 13, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
35 saksi kanak-kanak selesai beri keterangan
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner pada Rabu menamatkan sesi keterangan secara tertutup dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir selepas memanggil 35 saksi kanak-kanak.

Saksi kanak-kanak terbabit yang mula memberi keterangan pada 22 September lepas di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan mengikut Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Pindaan 2024) selesai berbuat demikian pada hari ke-36 prosiding inkues.

Advertisement
Sepanjang sesi tertutup itu petugas media tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah bagi melindungi identiti kesemua saksi selaras dengan peruntukan akta berkenaan yang melarang sebarang penerbitan maklumat yang boleh mendedahkan identiti mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues itu mengesahkan bahawa saksi kanak-kanak terakhir telah selesai memberi keterangan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata pendengaran inkues akan bersambung Isnin depan dengan sembilan guru dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar dijangka memberi keterangan.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 17 Julai selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sehari sebelum itu di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi.

Advertisement
Pada 13 Ogos lepas Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengumumkan bahawa satu inkues akan dijalankan bagi menyiasat punca kematian pelajar itu selepas meneliti laporan siasatan polis.

Sebelum itu pada 8 Ogos lepas AGC telah mengarahkan agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here