Advertisement
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurutnya sesiapa yang didapati melanggar Undang-Undang Kecil (Anti-Sampah) DBKK 1984 (Pindaan 2005) boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.
Advertisement
Advertisement
“Kompleks Pentadbiran Mini Putrajaya mencatat jumlah pesalah tertinggi dengan seramai 13 individu ditahan di sekitar blok kompleks tersebut.
“Ini diikuti Damai Point dan Damai Plaza (12 pesalah) manakala tujuh lagi ditahan di sekitar EG Mall.
“Pegawai JPSP turut menemui tapak pelupusan haram berhampiran pusat tong sampah di Salut Commercial Centre.
“Empat individu ditahan semasa membuang sampah sesuka hati pada dua kejadian berasingan bulan Oktober — mereka melemparkan beg sampah ke arah pusat tong sampah sehingga bertaburan di lantai,” ujarnya.
Sebanyak 40 pemeriksaan Ops Bersih dilakukan antara 2 hingga 29 September.
“Premis Yu Sang di Kepayan mencatat jumlah pesalah tertinggi bagi kawasan luar Kota Kinabalu pada September dengan tujuh individu ditahan.
“Ini diikuti Kingfisher Plaza dan University Plaza (masing-masing lima) serta Damai Plaza (empat).
“Di Pusat Bandar pula jumlah tertinggi pesalah dicatat di Kampung Air (empat) diikuti Centre Point Sabah dan Segama Waterfront (tiga masing-masing),” katanya.






