Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Perpaduan kunci politik stabil, pembangunan Sabah
Published on: Wednesday, November 12, 2025
Published on: Wed, Nov 12, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Perpaduan kunci politik stabil, pembangunan Sabah
DR Joachim (empat kiri) menyampaikan Data Pemilih kepada Demis sambil disaksikan oleh (Julita) tengah.
KOTA BELUD: Perpaduan antara parti-parti tempatan adalah kunci kepada kestabilan politik dan pembangunan berterusan di Sabah, kata Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, usaha politik tidak akan berhasil meskipun sesebuah parti mempunyai calon terbaik namun tiada perpaduan dan kerjasama.

Advertisement
“Walaupun kita mempunyai calon terbaik, tanpa perpaduan, usaha kita tetap tidak akan berhasil. Kredibiliti, tanggungjawab dan kerja bersepadu adalah kunci kejayaan dalam politik. 

“Calon harus bekerjasama sebagai satu pasukan dengan parti dalam GRS. Solidariti dan perpaduan adalah asas kejayaan,” tegasnya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya PBS Kadamaian di sini, pada Ahad, 

Beliau menekankan, perpaduan politik adalah asas kepada semua kejayaan pentingnya bekerjasama untuk masa depan negeri yang lebih baik 

Advertisement
Dr Joachim turut menjelaskan sejarah penubuhan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hampir empat tahun lalu, yang menyatukan PBS bersama Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

“Penyatuan parti ini bukan sahaja mengukuhkan pengaruh politik kita, tetapi juga memastikan kerjasama dalam pembangunan Sabah,” jelas beliau.

Advertisement
Dalam perkembangan aspek pembangunan, Dr Joachim menekankan program-program kerajaan ditadbir GRS seperti Rumah Mesra SMJ dan sokongan pendidikan yang bertujuan membangunkan modal insan serta menyediakan peluang pekerjaan.

“Matlamat kita adalah menstabilkan politik, menarik pelabur asing dan meningkatkan pendapatan negeri. Kita telah berjaya menggandakan pendapatan negeri daripada kurang RM4 bilion kepada hampir RM8 bilion dengan rizab kini RM8.6 bilion,” ujarnya.

Beliau menambah, kestabilan politik penting bagi menarik pelabur selain membolehkan pembangunan infrastruktur yang lebih baik.

“Perpaduan politik membolehkan kita memberi fokus kepada tenaga dan sumber bagi kepentingan rakyat, bukan untuk konflik politik semata-mata,” katanya.

Menurutnya lagi, GRS komited untuk membangunkan modal insan sebagai asas untuk menarik pelabur asing dan mewujudkan pekerjaan berkualiti bagi rakyat Sabah. 

Penyandang Adun Kundasang itu turut menekankan bahawa PBS, salah satu parti tertua dan paling aktif di Sabah dengan sejarah melebihi 40 tahun, terus mengekalkan komitmen terhadap pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Parti kita tidak pernah tidak aktif dan sentiasa bergerak serta berjuang untuk rakyat Sabah.

“Malah, misi PBS kekal konsisten dalam menuntut hak rakyat, memperbaiki sekolah, klinik kesihatan dan infrastruktur, serta memastikan pembangunan inklusif untuk semua lapisan masyarakat,” jelas beliau.

Turut hadir, Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki; Naib Presiden merangkap Ketua Pemuda, Datuk Dr Christoper Mandut dan Ketua Bahagian PBS Kadamaian, Demis Rumanti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here