SIPITANG: Hamri Opon dan Ramlan Azis muncul johan beregu lelaki Kejohanan Badminton Pesta Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Sabah (PSKPPS) Sipitang 2025 di Dewan Sekolah Menengah Padang Berampah (SMPB) Sipitang pada Ahad.
Naib juara ialah pasangan Jimmy Udan/Danil Musa manakala tempat ketiga bersama ialah Marlow Amat Omar Ali/Roslan Omar dan Lim Yi Fei/Mohammad Hasbi Sumin.
Rabelina Gangkok/Jenny Semion sementara itu menjuarai beregu wanita terbuka, tempat kedua Rosnani Mohamad Yussof/Nur Hidayah Asyikin Jimpi Abdullah dan tempat ketiga bersama ialah Willma John/Yusniza Asrin dan Afifah Azimah Zumat/Liana Ag Sani.
Kejohanan tersebut anjuran PPD Sipitang disertai 15 beregu iatu sembilan beregu lelaki dan enam beregu wanita.
Penyampaian hadiah dilakukan oleh Pegawai Teknik Badminton Sipitang, Diana Lapongan.
Diana yang juga pengerusi pertandingan berkata, kejohanan itu bertujuan memilih pemain mewakili Sipitang ke kejohanan PSKPPS peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Beaufort Disember ini.