Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Saksi dedah tulis kisah persahabatan dalam diari
Published on: Tuesday, November 11, 2025
Published on: Tue, Nov 11, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Saksi dedah tulis kisah persahabatan dalam diari
Kota Kinabalu: Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner pada Isnin bahawa dia dan Allahyarham Zara Qairina Mahathir sering menulis kisah persahabatan mereka dalam diari yang dikongsi bersama sejak Mei tahun lepas.

Pendedahan tersebut dibuat oleh saksi kanak-kanak ke-32 yang merupakan kawan rapat Zara Qairina sejak sekolah rendah agama negeri pada prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Advertisement
Peguam Mohd Syarulnizam Mohd Salleh yang mewakili ibu Zara Qairina berkata saksi memaklumkan pada Mei 2024 dia dan Zara Qairina telah memulakan diari bersama yang digunakan secara bergilir-gilir.

“Menurut saksi tidak ada orang lain yang boleh membaca diari itu selain saksi dan Zara Qairina. Kali terakhir saksi nampak diari tersebut adalah pada Februari 2025,” katanya ketika berkongsi keterangan saksi itu selepas prosiding hari ini berakhir.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata menurut saksi mereka menjadi kawan rapat kerana Zara Qairina seorang yang baik, ceria serta “meletakkan usaha” dalam persahabatan seperti membelikannya hadiah yang menyebabkan dia suka berkawan dengan remaja itu.

“Saksi juga berkata Zara Qairina manja dengan ibunya. Zara Qairina akan sentiasa pergi ke mana-mana dengan ibunya. Layanan ibu Zara Qairina juga baik.

Advertisement
“Malah ibu Zara Qairina yang akan menghantar dan mengambil sekiranya Zara Qairina melawat ke rumah saksi,” katanya.

Sementara itu peguam Joan Goh yang mewakili seorang kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina pula berkata saksi memaklumkan bahawa sepanjang perkenalan mereka Zara Qairina kurang bercerita tentang bapanya.

Advertisement
Menurut saksi Zara Qairina juga tidak pernah bercerita mengenai sebarang masalah berkaitan ibu atau keluarganya.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung Selasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here