Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Armizan tempelak Warisan isu lompat parti
Published on: Tuesday, November 11, 2025
Published on: Tue, Nov 11, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Armizan tempelak Warisan isu lompat parti
PENAMPANG: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempersoalkan tuduhan Parti Warisan (Warisan) menyatakan gabungan itu adalah ‘sarang pemimpin lompat’ sedangkan parti itu semasa berkuasa tidak bercadang melaksanakan Undang-Undang Anti Lompat Parti di Sabah sebelum ini.

Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri ketika itu menyatakan sendiri semasa menjawab soalan Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu semasa sidang Dun pada 13 Disember 2018 lalu.

Advertisement
“Jawapan beliau (Shafie) sebagai Ketua Menteri adalah ‘tiada cadangan untuk memperkenalkan Undang-Undang Anti Lompat’ yang jelas di sini bila ‘lompatan’ itu memberi manfaat kepada diri dan parti, Warisan menghalalkanya.

“Tapi bila tidak memihak kepada Warisan apabila Adun-Adunnya meninggalkan parti itu dia (Shafie) mengkritik orang lain kerana tidak segerakan undang-undang anti lompat. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Inilah yang dimaksudkan oleh peribahasa ‘sekali air bah sekali pantai berubah’ atau lebih tepat lagi seperti ‘lalang ditiup angin’..pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan.

“Justeru Warisan perlu cermin diri sendiri kerana hakikatnya GRS yang telah memperkenalkan semula peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada tahun 2023 lalu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Advertisement
Beliau berkata demikian bagi mengulas tuduhan Warisan kononnya GRS adalah gabungan parti lompat yang tidak wajar disokong pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Mengulas lanjut Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah membentangkan RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 dengan memasukan peruntukan Anti Lompat Parti di Dun yang telah diluluskan pada 25 Mei 2023.

Advertisement
Sambil menyifatkan inisiatif kerajaan GRS itu adalah legasi terhadap integriti demokrasi di Sabah beliau juga mempersoalkan sumbangan Warisan dalam perkara sama semasa berkuasa selain hanya pendirian yang sentiasa berubah mengikut kepentingan.

Beliau berkata sejarah politik Sabah turut membuktikan Warisan menghalalkan lompat parti untuk mendapatkan kuasa selepas PRU14 lalu.

Menurutnya insiden tahun 2018 lalu menyaksikan Warisan membentuk kerajaan menerusi ‘lompatan tragis’ beberapa wakil rakyat walaupun kerajaan negeri sebelum itu telah dibentuk secara sah.

Menurutnya secara rasmi Kerajaan Barisan Nasional (BN) dibentuk ketika itu seterusnya menyaksikan Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri termasuk barisan Kabinet setelah mendapat sokongan 31 orang wakil rakyat Sabah.

Bagaimanapun katanya mengambil kira BN telah tumbang di peringkat kerajaan Persekutuan maka berlaku siri lompatan wakil rakyat Sabah hingga Warisan membentuk kerajaan.

“Dimulakan dengan beberapa Adun BN dari Upko yang mengumumkan keluar dari BN dan kemudiannya Adun dari Umno sendiri keluar meninggalkan parti sebahagian besarnya melompat ke Warisan.

“Pada 12 Mei 2018 Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu tanpa perletakan jawatan Tan Sri Musa dan selepas itu berbondong-bondong lagi Adun melompat keluar meninggalkan BN.

“Disebabkan ‘lompatan’ ini memihak kepada diri dan Warisan hingga menjadikan beliau (Shafie) berkuasa sebagai Ketua Menteri maka dihalalkan ‘lompat’ ini kerana memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

Bagaimanapun beliau merasa pelik apabila Warisan yang berlagak suci sehingga hari ini terus menjaja tuduhan dan naratif kononnya GRS sebagai ‘sarang lompat’ yang jelas menunjukan parti itu hipokrit.

Beliau berkata hakikatnya Warisan tidak pernah mendapat kuasa melalui pilihan raya tahun 2018 sebaliknya parti itu berkuasa melalui lompatan Adun-Adun.

“Situasi itu sekali gus telah menukar kerajaan di luar proses pilihan raya dan orang-orang muda kena tahu itulah ‘track record’ Warisan.

“Hari ini Warisan kata gah bertanding 73 kerusi. Tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak. Tapi melihat kepada pendirian tidak konsisten sebelum ini adakah beliau (Shafie) akan guna taktik baharu?.

“Taktik bagi mendapatkan sokongan Adun parti lain untuk cuba kembali berkuasa yang hanya pemimpin Warisan ada jawapannya,” tegas beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here