Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Kerjasama negeri, persekutuan penting jayakan kerangka pembangunan Sabah: Perdana Menteri
Published on: Tuesday, November 11, 2025
Published on: Tue, Nov 11, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Kerjasama negeri, persekutuan penting jayakan kerangka pembangunan Sabah: Perdana Menteri
ANWAR beramah mesra dengan jururawat di Hospital Tawau.
TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mengangkat kedudukan Sabah agar terus maju kerana melihat negeri ini memiliki keupayaan untuk diangkat martabatnya.

“Sabah ada keupayaan untuk diangkat martabatnya… Syaratnya mesti urus dengan baik dan (ada) kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan. Tak ada (tiada) kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan, sukar kita nak (hendak) capai,” katanya.

Advertisement
Justeru, katanya, hubungan baik dan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan amat penting demi menjayakan kerangka pembangunan Sabah.

Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan wakil rakyat yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat dan memahami masalah yang dihadapi masyarakat merupakan faktor penting dalam memastikan kelangsungan pembangunan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kerjasama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sangat penting, sebab itu Kerajaan Madani dalam tiga tahun ini, kita kata apa yang tertangguh selesaikan dahulu,” katanya. 

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu (Blok C) Hospital Tawau di sini, Isnin, yang turut dihadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

Advertisement
Hospital Tawau sebelum ini terdiri daripada Blok A, Poliklinik dan Blok B.

Anwar berkata kerangka pembangunan negara Madani mengutamakan pendidikan dan kesihatan sebagai sektor terpenting, berbeza dengan banyak negara lain yang lebih menumpukan aspek pertahanan serta projek mega.

Advertisement
“Banyak negara lain menumpukan kepada aspek pertahanan ataupun aspek-aspek lain, projek-projek mega, bangunan tinggi atau jambatan panjang yang membanggakan tetapi dalam Kerajaan Madani, kita tumpu dua aspek terpenting iaitu pendidikan dan kesihatan.

“Bila hospital ini siap, saya tanya pengarah hospital, apa kapasiti menampung pesakit?... katanya sudah penuh, jadi saya arahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan untuk lihat perkara ini, tambah lagi kemudahan,” katanya.

Anwar turut menyentuh mengenai isu doktor kontrak yang menurut beliau diwarisi daripada kerajaan terdahulu tetapi Kerajaan Madani sudah hampir menyelesaikan masalah berkenaan yang membabitkan 10,000 doktor.

“… saya bersyukur kerana dengan bantuan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kita selesaikan hampir keseluruhan masalah doktor kontrak yang riuh rendah dulunya, begitu juga soal elaun,” katanya.

Perdana Menteri turut mengulangi komitmen kerajaan dalam menangani isu beban tugas dan kebajikan penjawat awam termasuk menaikkan gaji setelah 12 tahun tiada kenaikan.

Terdahulu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, fasiliti dengan kemudahan moden itu melambangkan komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan rakyat negeri ini menikmati perkhidmatan kesihatan yang serba moden, selamat dan berkualiti.

Menurutnya, peluncuran blok baharu itu merupakan sebahagian langkah penting untuk meningkatkan kapasiti rawatan, di samping memastikan rakyat di kawasan luar bandar mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, dekat dan selesa.

“Blok bangunan baharu ini merupakan projek di bawah Rolling Plan RMK-11, yang kini berjaya disempurnakan oleh Kerajaan Madani, bukti iltizam kerajaan menyiapkan projek-projek yang tertangguh demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

“Dengan pelaburan sebanyak RM223.65 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, blok baharu ini menambah 154 katil baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 585 katil rasmi di Hospital Tawau,” katanya.

Selain itu, katanya, bilik pembedahan, bilik konsultasi pakar dan ruang rawatan turut ditambah bagi meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan.

Dr Dzulkefly berkata Hospital Tawau juga kini menawarkan pelbagai perkhidmatan kepakaran klinikal seperti kardiologi, rekonstruktif plastik, geriatrik dan lain-lain.

“Aspirasi kita adalah untuk terus memperkukuh keupayaan hospital ini agar mampu mencapai taraf Hospital Negeri Kategori 1 (ACE) menjelang 2030,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Tawau adalah wilayah strategik di Pantai Timur Sabah yang memainkan peranan penting dalam menyokong perkhidmatan kesihatan bagi daerah-daerah sekitarnya seperti Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Tambahnya, Tawau bukan sekadar daerah di hujung peta, tetapi antara sempadan penting kepada pembangunan dan reformasi kesihatan negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here