Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Parti Liberal Demokratik tidak tanding pilihan raya Sabah
Published on: Tuesday, November 11, 2025
Published on: Tue, Nov 11, 2025
Text Size:
Text:
Parti Liberal Demokratik tidak tanding pilihan raya Sabah
CHIN (duduk, tengah) dan pemimpin Majlis Tertinggi LDP bergambar selepas mesyuarat itu.
Kota Kinabalu: Parti Liberal Demokratik (LDP) mengumumkan tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah akan datang, sebaliknya memilih untuk memberi sokongan penuh kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi mampan.

Presidennya, Datuk Chin Su Phin  berkata keputusan itu dibuat selepas pertimbangan teliti terhadap situasi politik dan ekonomi semasa di peringkat domestik serta global.

Advertisement
“Pertukaran kerajaan yang kerap tidak semestinya membawa kepada tadbir urus yang lebih baik atau kemakmuran ekonomi. Ketidakstabilan politik boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan menghalang pembangunan,” katanya.

Chin berkata ekonomi Sabah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan kestabilan sosial semakin baik sejak pembentukan gabungan “Langkah Kinabalu”, manakala Pakatan Harapan (PH) terus menerajui Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menjadikan Sarawak sebagai contoh, beliau berkata perwakilan Parlimen yang kukuh telah membolehkan negeri itu memperoleh pengaruh lebih besar terhadap dasar Persekutuan dan agihan sumber.

“Sabah juga mesti mengutamakan kekuatan Parlimen berbanding perebutan di peringkat negeri bagi melindungi kepentingannya di peringkat nasional. 

Advertisement
“Perpaduan rakyat Sabah adalah kunci kemajuan masa depan. Landskap politik yang berpecah melemahkan kekuatan kolektif kita dan menghadkan peranan Sabah dalam pembangunan negara,” katanya sambil menggesa pengundi Cina dan semua komuniti supaya mengambil pendekatan yang pragmatik.

Dalam tempoh dua tahun setengah akan datang, LDP merancang untuk bekerjasama rapat dengan GRS dan PH dengan memberi tumpuan kepada prestasi di peringkat Parlimen bagi meningkatkan kuasa tawar-menawar Sabah berbanding bersaing di peringkat negeri.

Advertisement
Chin menegaskan bahawa kestabilan politik amat penting bagi menarik pelaburan dan memacu pembangunan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan, mempercepatkan projek infrastruktur serta meningkatkan kebajikan sosial rakyat Sabah.

Beliau turut menyatakan bahawa walaupun Warisan memiliki beberapa kerusi DUN, perwakilan Parlimennya yang terhad menyebabkan pengaruh parti itu terhadap dasar dan agihan sumber Persekutuan menjadi lemah.

“Mengukuhkan suara Sabah di Parlimen adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan manfaat nyata kepada rakyat kita,” katanya sambil menegaskan komitmen LDP terhadap pragmatisme, perpaduan dan kerjasama.

Chin menambah bahawa LDP berhasrat untuk berperanan sebagai jambatan antara GRS dan PH bagi memupuk suasana politik yang stabil dan memperkukuh peranan Sabah dalam pembangunan nasional.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here