Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Tukang masak serang anak saudara didenda
Published on: Wednesday, November 05, 2025
Published on: Wed, Nov 05, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Tukang masak serang anak saudara didenda
Pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang tukang masak berusia 27 tahun didenda RM2,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana menyerang anak saudaranya.

Ag. Ridzam Ag. Johan mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Marsyilia Abdullah, 19, pada pukul 9.30 malam, 23 Oktober tahun ini, di tepi Jalan Bunga Raya, Kepayan.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Yusdi Basri memaklumkan mahkamah bahawa Marsyilia telah ditendang, ditampar dan dipijak oleh Ridzam yang juga bapa saudaranya dalam kejadian itu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kesakitan di beberapa bahagian badan serta luka di siku kanan, tapak tangan dan telinganya.

Dia kemudian membuat laporan polis.

Advertisement
Hasil siasatan membawa kepada penangkapan Ridzam pada 28 Oktober, kira-kira pukul 10.50 pagi di sebuah restoran di Central Shopping Plaza.

Tidak diwakili, Ridzam merayu hukuman ringan dengan alasan dia sudah berkahwin, mempunyai empat anak dan bekerja sebagai tukang masak.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 35 tahun mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya.

Dzuffy Rind Shah Matjuni didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 33 tahun di rumah mereka di Taman Bukit Setia, Sepanggar, pada pukul 8.30 malam, 27 Oktober lalu.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan hukuman penjara dua kali ganda jika kesalahan dilakukan terhadap pasangan.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pra-perbicaraan pada 7 Januari tahun depan dan membenarkan Dzuffy diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin, bersama syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Al Hafidz Mohd Lokman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here