Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Keluarga saman kerajaan atas tragedi maut ditembak
Published on: Thursday, October 30, 2025
Published on: Thu, Oct 30, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Keluarga saman kerajaan atas tragedi maut ditembak
Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya (kiri) dan Ansari (kanan).
Kota Kinabalu: Keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya memulakan tindakan undang-undang terhadap sembilan defendan, antaranya bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berhubung kematiannya semasa suatu demontrasi tentera.

Peguam keluarga, Datuk Ansari Abdullah, memaklumkan prosiding di Mahkamah Tinggi telah bermula sejak Isnin melibatkan tuntutan daripada ibu, bapa dan adik Allahyarham.

Advertisement
Mohd Zahir maut pada 4 September 2019 ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi yang membabitkan penggunaan peluru hidup.

“Keluarga telah memfailkan saman menuntut perintah daripada mahkamah dalam tiga aspek iaitu kecuaian, tindakan melulu dan perlanggaran tanggungjawab di bawah undang-undang.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Sekiranya mahkamah menerima apa yang dituntut, mereka juga meminta supaya ganti rugi diperintahkan, dibayar atas kematian Allahyarham Mejar Zahir yang telah dinaikkan pangkat Leftenan Kolonel selepas dia meninggal,” kata Ansari kepada pemberita selepas prosiding tersebut di Mahkamah Kota Kinabalu, pada Selasa.

Beliau berkata, tuntutan itu turut melibatkan beberapa pihak, termasuk individu yang melepaskan tembakan, pegawai atasan, Panglima ATM, pihak polis kerana didakwa gagal menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya, serta hospital yang didakwa tidak memberi kerjasama.

Advertisement
Mengulas mengapa tindakan saman hanya difailkan selepas beberapa tahun, Ansari menegaskan ia tetap dibuat dalam tempoh yang ditetapkan undang-undang.

“Kami memfailkan sebelum tiga tahun, itu had masa yang ditetapkan oleh undang-undang. Kes ini ditetapkan di hadapan seorang hakim yang sehingga kini kurang sihat, maka Hakim Mahkamah Tinggi Alexander Siew How Wai mengambil alih kes ini,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, tujuh saksi akan dipanggil memberi keterangan dalam prosiding tersebut dan setakat ini seorang saksi iaitu bapa saudara Allahyarham sudah tampil memberikan keterangan.

“Bagaimanapun, kami turut berhadapan masalah iaitu sedang mencari seorang lagi saksi yang mengadakan latihan bersama arwah sebelum pertunjukan itu,” katanya.

Berkaitan jumlah tuntutan, Ansari menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk menentukan bentuk ganti rugi atau pampasan yang wajar.

Prosiding dijangka berlangsung sehingga Jumaat, dengan Ansari dibantu dua peguam bersama, iaitu anaknya Erveana dan Noor Shazwani Sapri.

Untuk rekod, dalam insiden enam tahun lalu itu, Mohd Zahir, 36, yang juga anak kepada pelakon veteran A R Badul, meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here