Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Phantom NC juara Bola Jaring Piala Osca
Published on: Monday, August 04, 2025
Published on: Mon, Aug 04, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Phantom NC juara Bola Jaring Piala Osca
PEMAIN Phantom NC mempamerkan trofi kemenangan dan pingat individu.
Kota Kinabalu: Pasukan Phantom NC merangkul Piala Osca selepas menewaskan Bambina NC 19-12 pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Osca anjuran Old Sabah Collegians Alumni (Osca) yang berlangsung di gelanggang tenis Sutera Harbour pada Ahad.

Nova Blitz di tempat ketiga diikuti Grazetas di tempat keempat, manakala anugerah fair play dimenangi Pearl Panthers, penyerang terbaik ialah Hazlyn Liaw (Phantom NC), pertahanan terbaik Nur Hani Yunus (Phantom NC), penjaring terbanyak Melcaar Portelip (Phantom NC) dengan 86 gol dan pemain paling berharga ialah Echristella Geaordie Akup (Bambina NC).

Advertisement
Sebanyak 20 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan julung kali itu dan pengerusi penganjur Hjh Sitti Noorashikin Basalie berkata jawatankuasa ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan semua pasukan yang mengambil bahagian.

“Kejohanan dua hari ini menyaksikan saingan sengit antara pasukan yang terdiri daripada alumni, komuniti dan kelab tempatan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kami amat berbangga dengan semangat kesukanan, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan ini dan ia juga membuktikan integriti semangat Osca dalam menyatukan masyarakat melalui sukan,” katanya.

Hjh Sitti Noorashikin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan itu dan berharap semangat kesukanan akan terus dipupuk dalam acara akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here