Kota Kinabalu: Kejohanan Liga Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Siri 1 2026 anjuran Kelab Bola Sepak BMU dijadual berlangsung di Padang Ganang Kepayan pada 26 April.
Penyertaan dihadkan kepada 24 pasukan dengan yuran penyertaan sebanyak RM300 bagi setiap pasukan. Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi dan pingat, naib juara menerima RM1,000 dan pingat, manakala pemenang tempat ketiga bersama masing-masing memperoleh RM400 wang tunai dan pingat.
Pengerusi penganjur Ninewjo Newmond berkata kejohanan itu bertujuan mempromosikan serta mencungkil bakat baharu di sekitar Kota Kinabalu selain memupuk perpaduan kaum dalam kalangan belia.
“Bola sepak merupakan medium berkesan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan belia, memupuk perpaduan kaum dan membina semangat setiakawan.
“Kami berharap melalui aktiviti sukan, golongan belia daripada pelbagai latar belakang dapat bergaul, bekerjasama dan bersaing secara sihat,” katanya.
Beliau menggesa pihak yang berminat supaya menghubungi Rayner di 0168274324 atau Molly di 01161282633.