Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Musketeers Academy perluas penganjuran klinik bola sepak
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Musketeers Academy perluas penganjuran klinik bola sepak
HARDY (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima. 
SANDAKAN: Musketeers Football Academy bakal memperluaskan penganjuran Klinik Bola Sepak Komuniti sebagai inisiatif berterusan dalam usaha mengenal pasti serta membimbing bakat-bakat muda yang tercicir akibat kekangan logistik dan kurang pendedahan.

Presidennya, Hardy Pudar berkata, klinik berkenaan bukan sekadar memberi latihan asas bola sepak, malah menjadi platform membentuk disiplin, kepimpinan dan sahsiah dalam kalangan peserta, selaras dengan falsafah Akademi “Bukan Sekadar Bola Sepak”.

Advertisement
Menurutnya, pendekatan turun padang ke kawasan komuniti membolehkan lebih ramai kanak-kanak dan remaja mendapat akses kepada latihan berkualiti tanpa perlu berdepan kekangan jarak atau kos.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan tiada bakat muda yang terpinggir hanya kerana faktor logistik. Kita mahu membuka ruang dan peluang yang lebih inklusif kepada semua,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hardy turut memaklumkan bahawa klinik berkenaan akan dilaksanakan secara berkala dengan kerjasama komuniti setempat serta rakan strategik, sekali gus memperkukuh hubungan antara institusi sukan dan masyarakat dalam pembangunan generasi muda yang seimbang dari segi fizikal dan sahsiah.

Sementara itu, komitmen sosial Akademi turut dizahirkan menerusi penganjuran Program Jalinan Kasih di Kampung Tanjung Aru yang melibatkan pengagihan 100 bakul makanan kepada penduduk setempat.

Advertisement
Program yang menghimpunkan kira-kira 150 peserta terdiri daripada penerima sumbangan, pelatih akademi, ibu bapa serta barisan jurulatih itu telah dirasmikan oleh Hardy. 

Majlis berkenaan mendapat kerjasama daripada Masjid Nurul Iman, manakala program turut disokong oleh Isma Sandakan serta rakan penaja iaitu Mydin Sandakan. 

Advertisement
Program Jalinan Kasih bukan sahaja menjadi platform kebajikan, malah memperkukuh hubungan antara institusi sukan dan masyarakat dalam usaha membina generasi yang seimbang dari segi fizikal, sahsiah dan nilai kemanusiaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here