Tue, 23 Jun 2026
Headlines:
Sastera budaya tinggi, mampu satukan rakyat
Published on: Sunday, June 21, 2026
Published on: Sun, Jun 21, 2026
Text Size:
Text:
Sastera budaya tinggi, mampu satukan rakyat
PENERIMA Anugerah tokoh puisi Bahasa Sabah Salvia Rose dan Haliza Matali bergambar kenangan bersana jemputan kenamaan di majlis itu.
KOTA KINABALU: Sastera merupakan bentuk budaya tinggi yang memiliki keupayaan unik untuk menyatukan dan menarik perhatian rakyat sesebuah negara secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang paksaan mahupun imbuhan.

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata kekuatan sastera terletak pada keupayaannya menyentuh jiwa dan sanubari masyarakat sekali gus bertindak sebagai jambatan perpaduan yang utuh dalam komuniti berbilang kaum.

Advertisement
“Sastera ialah budaya tinggi. Ia mempunyai kuasa untuk menarik perhatian rakyat sesebuah negara tanpa paksaan dan imbuhan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Festival Sastera Perpaduan Sabah dan Hari Puisi Nasional Peringkat Negeri Sabah 2026 di Hotel Howard Johnson by Wyndham baru-baru ini.

Jasni yang juga Ahli Lembaga Perpustakaan Negara berkata penganjuran festival berkenaan menjadi medan penting dalam memperkasakan nilai perpaduan menerusi karya sastera selain menyemarakkan minat masyarakat terhadap seni puisi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau majlis itu turut memberi pengiktirafan tertinggi kepada penggiat sastera tempatan menerusi penyampaian Anugerah Tokoh Penyair (Bahasa) Negeri Sabah 2026.

Dua tokoh wanita iaitu Salvia Rose dan Haliza Matali diumumkan sebagai penerima anugerah berprestij itu atas sumbangan besar mereka dalam mewarnai landskap sastera khususnya dunia kepenyairan di negeri ini.

Advertisement
“Kedua-dua tokoh ini telah banyak menyumbang kepada dunia kepenyairan di Sabah dengan menghasilkan kumpulan puisi yang bermutu tinggi.

“Malah mereka juga memainkan peranan penting dalam membimbing serta menyumbang kepada pembinaan generasi penyair muda di Sabah bagi memastikan kelangsungan warisan sastera ini tidak luput ditelan zaman,” ujarnya.

Advertisement
Festival yang berlangsung meriah itu dirasmikan oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Jennitah Nordin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah Mariana Abu Bakar, Hakim Kanan dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Datuk Indra Ayub, Konsul Pelaksana Fungsi Penerangan, Sosial dan Budaya Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu Machdaniar Nisfah serta Pengarah Program Festival Sastera Perpaduan dan Hari Puisi Nasional Negeri Sabah Abd Karim Gullam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here