Wed, 24 Jun 2026
Headlines:
Peniaga tempatan tuntut keutamaan lot niaga Tamu Inanam dan Manggatal
Published on: Monday, June 22, 2026
Published on: Mon, Jun 22, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Peniaga tempatan tuntut keutamaan lot niaga Tamu Inanam dan Manggatal
NICKHO (empat dari kiri) bergambar bersama Romeo (tiga dari kiri), Juliana serta ahli-ahli persatuan di Pejabat UPPM Inanam di pekan Manggatal baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Peniaga tamu tempatan di Inanam dan Manggatal menuntut agar mereka diberi keutamaan dalam pengagihan ruang perniagaan di dua tamu popular tersebut kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Inanam Nickho Unui.

Beliau berkata perkara itu dibangkitkan selepas mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama Persatuan Pengusaha Tamu Asal Mingguan Pasar Malam dan Peniaga Kawasan Manggatal serta Persatuan Barisan Usahawan Sepanggar.

Advertisement
Menurutnya ramai peniaga tempatan dari kedua-dua kawasan berkenaan merasakan mereka semakin terpinggir berikutan pertambahan peniaga dari luar yang menguasai lot-lot perniagaan di Tamu Inanam dan Manggatal.

“Kami menerima maklum balas bahawa peniaga tempatan berasa terpinggir. Berdasarkan maklumat daripada persatuan, lebih 60 peratus peniaga di kawasan tamu tersebut adalah dari luar Inanam dan Manggatal,” katanya kepada Daily Express selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Pengerusi Persatuan Barisan Usahawan Sepanggar Romeo Ansow, dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Tamu Asal Mingguan Pasar Malam dan Peniaga Kawasan Manggatal Juliana Kurutung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Nickho berkata persatuan berkenaan kini mempunyai kira-kira 180 ahli berdaftar namun pangkalan data lengkap mengenai semua peniaga masih belum disiapkan.

Sehubungan itu beliau berkata UPPM Inanam akan melaksanakan proses pendaftaran dan pengumpulan data bagi mengenal pasti jumlah sebenar peniaga tempatan dan luar kawasan sebelum perkara itu dibawa kepada perhatian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Advertisement
“Kami mahu mendapatkan data yang tepat supaya isu ini dapat dibincangkan dengan DBKK dan penyelesaian yang praktikal dapat dicari.

“Aspirasi kami ialah sekurang-kurangnya 70 peratus peniaga yang beroperasi di kedua-dua tamu ini terdiri daripada penduduk tempatan,” katanya.

Advertisement
Menurut Nickho aduan berkaitan perkara itu telah dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu namun masih belum ada penyelesaian konkrit dilaksanakan.

Beliau menambah bahawa UPPM Inanam akan mengatur pertemuan dengan DBKK khususnya jabatan yang bertanggungjawab menguruskan tamu, bagi membincangkan penambahbaikan dasar pengagihan lot peniaga.

Selain isu pengagihan lot, beliau berkata terdapat perancangan untuk menganjurkan program komuniti melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta agensi berkaitan kebajikan.

“Objektifnya adalah untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dengan menyediakan kaunter perkhidmatan semasa program komuniti supaya penduduk lebih mudah mendapatkan bantuan dan perkhidmatan,” katanya.

Nickho turut mencadangkan agar hari operasi Tamu Inanam dan Manggatal ditetapkan secara tetap bagi memudahkan penduduk dan pengunjung merancang kunjungan mereka.

Antara cadangan yang sedang dipertimbangkan ialah mengadakan Tamu Inanam setiap Sabtu dan Tamu Manggatal setiap Selasa.

“Jadual tetap bukan sahaja membantu penduduk tempatan dan peniaga, malah berpotensi menyokong sektor pelancongan apabila agensi pelancongan dapat memasukkan lawatan ke tamu dalam jadual perjalanan mereka,” katanya.

Sementara itu Nickho berkata UPPM turut menerima aduan mengenai penjualan barangan runcit yang dipercayai hampir tamat tempoh atau telah melepasi tarikh luput di beberapa lokasi tamu.

“Saya akan menjalankan pemeriksaan sendiri terhadap perkara ini dan sekiranya dakwaan tersebut didapati benar, kes berkenaan akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Romeo Ansow dan Juliana Kurutung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here