Mon, 22 Jun 2026
Headlines:
23 kontinjen berentap di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah
Published on: Saturday, June 20, 2026
Published on: Sat, Jun 20, 2026
Text Size:
Text:
23 kontinjen berentap di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah
BARISAN 23 kontinjen IPT.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) kembali menjadi tuan rumah edisi ke-2 Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah (SUIPTS) yang menghimpunkan sebanyak 23 kontinjen dari seluruh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Sabah, satu peningkatan berbanding 19 kontinjen pada edisi sulung tahun lalu. 

Penyertaan atlet pada edisi kali ini juga mencatat peningkatan dengan penglibatan seramai 1,980 orang atlet yang bakal merebut 46 pingat emas dari 10 acara sukan yang dipertandingkan. 

Advertisement
Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor berkata, penyertaan yang memberangsangkan itu membuktikan bahawa sukan terus menjadi medium terbaik dalam menyatukan mahasiswa tanpa mengira institusi, latar belakang dan bidang pengajian.

“UMS percaya bahawa pengajaran secara berterusan akan memberikan impak yang besar kepada pembangunan bakat sukan mahasiswa di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Di IPT inilah medan yang berjaya melahirkan ramai atlet yang mewakili Malaysia ke kejohanan Sukan peringkat antarabangsa,” katanya dalam ucapan sempena perasmian kejohanan sukan tersebut di Dewan Canselor, UMS. 

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Raman Nordin.

Advertisement
Menurut Kasim, UMS memiliki ramai atlet yang berbakat dan berpotensi besar namun tidak semua berpeluang untuk menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa disebabkan kekangan kos perjalanan dan logistik yang tinggi.

“Penganjuran SUIPTS amat signifikan kerana ia menyediakan peluang yang lebih dekat, mudah diakses dan lebih inklusif kepada mahasiswa Sabah untuk menunjukkan bakat serta kemampuan mereka,” katanya. 

Advertisement
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Ahmad Rizal Adnan dalam ucapan perasmiannya menyatakan harapan agar kejohanan tersebut membolehkan atlet IPT untuk mempamerkan bakat dan menyemarakkan semangat kesukanan yang tinggi, sekali gus memperkasakan nilai tambah dan sahsiah mahasiswa. 

“Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya pengalaman, disiplin dan semangat juang yang dibina sepanjang pertandingan inilah yang akan menjadi aset berharga pada masa hadapan,” ujar beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KPT, Faridah Mustafa.

SUIPTS 2026 akan berlangsung selama empat hari dan berakhir pada 21 Jun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here