Wed, 24 Jun 2026
Headlines:
Akta Antibuli perlu penguatkuasaan tegas: PGRS
Published on: Monday, June 22, 2026
Published on: Mon, Jun 22, 2026
Text Size:
Text:
Akta Antibuli perlu penguatkuasaan tegas: PGRS
Erveana berkata tiada individu termasuk pelajar, guru atau pentadbir sekolah boleh menghalang saksi daripada memberi keterangan atau mencampuri siasatan.
Kota Kinabalu: Ketua Biro Undang-Undang Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Erveana Ansari berkata Akta Anti-Buli 2026 yang berkuatkuasa pada 16 Jun lalu merupakan langkah penting dalam menangani peningkatan kes buli, namun kejayaannya bergantung kepada penguatkuasaan yang tegas dan telus.

Beliau berkata akta itu bersama penubuhan Tribunal Antibuli menyediakan saluran yang lebih jelas kepada mangsa untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan.

Advertisement
Menurutnya, kes buli terus mengakibatkan kecederaan fizikal, trauma emosi dan dalam sesetengah keadaan membawa kepada kematian.

Walaupun mengalu-alukan undang-undang baharu itu, Erveana menegaskan keberkesanannya bergantung kepada pelaksanaan yang telus dan tidak berat sebelah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, antara kebimbangan utama ibu bapa ialah kecenderungan sesetengah pihak menganggap buli sebagai isu kecil atau sekadar konflik biasa dalam kalangan pelajar.

Menurut beliau, persepsi bahawa ada pihak lebih mengutamakan melindungi reputasi institusi berbanding mendedahkan kebenaran perlu ditangani kerana ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap sistem.

Advertisement
“Setiap sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk kanak-kanak. Dakwaan buli mesti disiasat secara telus, dengan pengumpulan bukti yang teratur serta perlindungan kepada mangsa dan saksi,” katanya.

Erveana berkata tiada individu termasuk pelajar, guru atau pentadbir sekolah boleh menghalang saksi daripada memberi keterangan atau mencampuri siasatan.

Advertisement
Beliau turut menggesa pihak penguat kuasa menjalankan siasatan secara profesional dan bebas daripada pengaruh luar, khususnya dalam kes yang melibatkan unsur jenayah, kecederaan serius atau ancaman keselamatan.

Walaupun kaedah penyelesaian pertikaian alternatif mempunyai peranan tersendiri, katanya, ia tidak seharusnya menjadi pendekatan utama bagi semua kes buli.

“Jika terdapat bukti yang mencukupi, kes perlu dibawa ke mahkamah bagi memberi mesej jelas bahawa setiap perbuatan mempunyai akibat dan memerlukan pertanggungjawaban,” katanya.

Erveana berkata kegagalan mengambil tindakan terhadap pembuli hanya akan mewujudkan tanggapan bahawa perbuatan sedemikian boleh diteruskan tanpa sebarang hukuman.

Namun, beliau menegaskan buli tidak seharusnya dilihat semata-mata dari sudut hukuman kerana ramai pelaku datang daripada latar belakang yang kompleks dan memerlukan kaunseling serta intervensi.

“Pendekatan terbaik ialah menggabungkan elemen pertanggungjawaban dan pemulihan supaya mangsa mendapat keadilan manakala pesalah diberi peluang untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menggesa agar pelaksanaan Akta Anti-Buli 2026 di Sabah mengambil kira cabaran yang dihadapi sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Katanya, akses kepada maklumat, mekanisme aduan, bantuan guaman dan sokongan psikososial perlu diperluaskan bagi memastikan semua kanak-kanak menerima perlindungan yang sama tanpa mengira lokasi atau latar belakang keluarga.

Menurut Erveana, Akta Anti-Buli 2026 berpotensi memperkukuh perlindungan kanak-kanak, namun undang-undang yang baik akan gagal jika mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakannya mengabaikan ketidakadilan.

“Memerangi buli memerlukan keberanian untuk menyatakan kebenaran, melindungi mangsa dan memastikan tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here