Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Orang Sungai digesa perkukuh identiti budaya
Published on: Friday, June 12, 2026
Published on: Fri, Jun 12, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Orang Sungai digesa perkukuh identiti budaya
JONATHAN (tengah) bergambar bersama sebahagian peserta yang menghadiri program berkenaan.
RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin menggesa masyarakat Orang Sungai agar terus bersatu dan memperkukuh identiti budaya sambil menyifatkan Pesta Bangkar sebagai platform penting untuk membina masa depan komuniti yang lebih kukuh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Orang Sungai kerana menganjurkan perhimpunan ini. 

Advertisement
“Apa yang kita saksikan hari ini adalah satu permulaan. Ia merupakan detik bersejarah yang wajar dikenang kerana mencerminkan kesediaan masyarakat untuk berhimpun, bersatu dan bergerak maju sebagai satu komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Pesta Bangkar 2026 yang diadakan di Kampung Meridi baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu Jonathan berkata perhimpunan itu bukan sekadar acara kebudayaan malah menjadi detik penting yang menyatukan masyarakat Orang Sungai di bawah satu visi bersama.

Jonathan mengakui ada pihak yang mungkin melihat perhimpunan kebudayaan seperti itu hanya sebagai sambutan perayaan semata-mata.

Advertisement
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa makna sebenar Pesta Bangkar terletak pada keupayaannya menyatukan komuniti serta mewujudkan semangat dan matlamat bersama.

Beliau turut merujuk kepada kejayaan beberapa pertubuhan kebudayaan yang lebih besar di Sabah yang kini berkembang menjadi institusi bukan sahaja dalam memelihara budaya, malah berperanan sebagai pusat aktiviti ekonomi, pembangunan komuniti dan kemajuan sosial.

Advertisement
“Sambutan tahunan Pesta Bangkar merupakan antara acara kebudayaan utama masyarakat Orang Sungai di Ranau yang menyediakan platform untuk mengetengahkan warisan tradisi, mengukuhkan hubungan sesama komuniti serta memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap khazanah budaya mereka yang kaya,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here