KOTA MARUDU: Pemimpin akar umbi perlu memainkan peranan bagi memastikan perpaduan rakyat, keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara dalam mendepani pelbagai cabaran.
Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah Datuk Awang Kadin Tang berkata pemimpin komuniti merupakan penghubung utama antara kerajaan dan rakyat justeru mereka perlu sentiasa memperkukuh integriti serta perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Peranan pemimpin akar umbi amat penting kerana mereka merupakan barisan hadapan yang berinteraksi secara langsung dengan rakyat serta menyampaikan dasar dan aspirasi kerajaan kepada masyarakat.
“Berikutan itu Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Peringkat Komuniti yang dianjurkan bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan UPPM Sabah menjadi platform penting dalam memperkasa pemimpin masyarakat agar lebih memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemacu pembangunan komuniti.
Advertisement





