Thu, 18 Jun 2026
Headlines:
Festival Sastera Perpaduan ikhtiar penulis bantu kerajaan
Published on: Sunday, June 14, 2026
Published on: Sun, Jun 14, 2026
Text Size:
Text:
Festival Sastera Perpaduan ikhtiar penulis bantu kerajaan
Presiden Bahasa, Datuk Jasni Matlani
KOTA KINABALU: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) bakal menganjurkan Festival Sastera Perpaduan buat julung kalinya sebagai sumbangan proaktif golongan penulis dalam membantu usaha kerajaan memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Presiden Bahasa, Datuk Jasni Matlani berkata festival selama lima bulan itu dijadual bermula 16 Jun ini hingga 16 Nov tahun ini.

Advertisement
Jasni, yang juga Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia, berkata festival berkenaan akan menghimpunkan pelbagai program sastera anjuran Bahasa di bawah satu payung sepanjang tempoh tersebut.

“Majlis pelancaran festival akan diadakan secara sederhana pada 16 Jun ini di sebuah hotel di Kota Kinabalu dan disekalikan dengan Sambutan Hari Puisi Nasional Peringkat Negeri Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Majlis itu juga akan diserikan dengan penyampaian Anugerah Penyair (Bahasa) Peringkat Negeri Sabah serta persembahan kebudayaan dari Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Mengulas pemilihan penerima anugerah tersebut, beliau menjelaskan bahawa tokoh yang dipilih mestilah menepati kriteria ketat yang ditetapkan.

Advertisement
Antaranya, pernah menghasilkan banyak buku kumpulan puisi dan puisi esei, menyelenggarakan penerbitan buku puisi serta memberikan sumbangan nyata kepada penulis muda melalui bimbingan penulisan puisi.

“Selain itu, tokoh tersebut juga mestilah pernah menerima pelbagai anugerah dan hadiah penulisan berkaitan puisi, kerap memperkatakan genre puisi dalam seminar serta pertemuan sastera, selain karyanya mendapat perhatian di dalam dan luar negara,” katanya.

Advertisement
Jasni menambah, beberapa program semasa Bahasa yang dianjurkan dalam tempoh festival itu turut dimasukkan secara automatik sebagai sebahagian daripada pengisian acara.

Antara program menarik yang disusun sepanjang festival ialah Sayembara Menulis Karya Kreatif Perpaduan anjuran Bahasa bersama Kementerian Perpaduan Negara. 

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) serta Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah Menengah Negeri Sabah (SDPKSM) yang dianjurkan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena).

Turut diadakan, Bengkel Penulisan Kreatif, Program Sastera Perpaduan di SMK Kuala Penyu dan SMK Membakut, Program Santai Buku Perpaduan bersama Bahasa serta Seminar Sastera Perpaduan.

“Bahasa akan memohon kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Perpaduan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, DBP serta beberapa agensi kerajaan berkaitan bagi menjayakan festival berskala besar ini,” katanya.

Kemuncak festival itu ialah Majlis Penutupan Festival Sastera Perpaduan dan Hari Penulis Bahasa Sabah yang dijadual berlangsung pada 16 Nov di lokasi yang akan diumumkan kemudian di ibu negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here