Wed, 24 Jun 2026
Headlines:
Belia perlu bijak tapis kandungan media sosial: Sapawi
Published on: Monday, June 22, 2026
Published on: Mon, Jun 22, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Belia perlu bijak tapis kandungan media sosial: Sapawi
SAPAWI menyerahkan cenderamata penghargaan Nizam sebagai perasmi Program Wacana Pemikir Zon Tawau.
TAWAU: Lambakan perkongsian maklumat di platform digital tanpa batasan serta ketiadaan pemikiran kritis dalam menyaring kandungan media sosial dikesan menjadi ancaman besar kepada risiko keruntuhan nilai moral, kerapuhan kekuatan kerohanian dan kehilangan jati diri generasi muda di Sabah.

Presiden Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Datuk Sapawi Ahmad memberikan amaran itu sambil menegaskan bahawa ekosistem dunia digital yang bergerak tanpa sempadan dan bersemuka hari ini mendedahkan masyarakat khususnya golongan belia kepada manipulasi dakyah, provokasi melampau serta penularan faham atau ajaran sesat.

Advertisement
“Impak dunia digital hari ini menyaksikan anggota masyarakat khususnya golongan belia lebih cenderung mengambil jalan mudah dengan mencari solusi yang pantas termasuk pengisian kerohanian dari media sosial tanpa bimbingan guru yang sebenar, terutamanya pasca-pandemik Covid-19.

“Kandungan di media sosial secara umumnya amat meragukan malah tidak menepati fakta dalam konteks menyeluruh. Malah kita khuatir kerana ada segelintir pihak yang tidak lagi melihat fakta tetapi lebih suka dengan ‘auta’. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita dapati kebanyakan kandungan digital kini juga terdedah dengan bahan-bahan berbentuk provokasi yang sengaja direka untuk merosakkan pemikiran masyarakat,” katanya ketika ditemui sempena Program Wacana Pemikir Zon Tawau di Dewan Masyarakat Tawau pada Sabtu.

Mengulas lanjut Sapawi bimbang sekiranya masyarakat terus menggunakan platform digital tanpa kawalan, tanpa ilmu yang syumul serta gagal menapis maklumat secara kritis, situasi itu bukan sahaja meruntuhkan moral individu tetapi mampu membawa kebinasaan kepada keharmonian komuniti secara menyeluruh.

Advertisement
Sehubungan itu beliau menggesa masyarakat di Sabah sebagai pelayar media sosial supaya kembali mendekati program keilmuan secara fizikal seperti forum, wacana, syarahan, dan sesi dialog bagi membolehkan proses percambahan fikiran secara matang berasaskan fakta sebenar yang berlaku.

“Kebudayaan dan kehalusan hidup kita di Sabah sangat cantik. Oleh itu jika ada idea negatif atau dakyah asing yang cuba merosakkan suasana harmoni dan meruntuhkan nilai moral masyarakat, kita harus menentangnya habis-habisan dengan kekuatan idea serta hujah yang bernas,” ujarnya.

Advertisement
Menurutnya acuan unik masyarakat Sabah yang hidup harmoni dalam kepelbagaian agama, kaum, dan bahasa yang disulami sifat sopan santun, kasih sayang, serta toleransi yang tinggi perlu dipertahankan daripada anasir luar yang cuba menular menerusi medium digital.

Beliau menyifatkan walaupun impak krisis geopolitik antarabangsa seperti pergolakan di Asia Barat turut dirasai di negara ini namun semua pihak perlu bersyukur dengan kestabilan ekonomi dan kesatuan masyarakat yang sentiasa berada pada asas kukuh hasil tadbir urus kerajaan yang baik.

Ditanya maklum balas program yang dianjurkan pihaknya Sapawi berkata wacana itu sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada kehadiran orang-perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil jabatan bagi terlibat sama membincangkan isu-isu kritikal demi masa hadapan Sabah.

Tambahnya  Zon Tawau menjadi destinasi pertama Program Wacana Pemikir itu dan Usia komited untuk memperluaskannya ke seluruh zon di Sabah sebagai usaha strategik membina benteng ilmu dan memantapkan budaya berfikir masyarakat secara rasional.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here