Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
PH Sabah mungkin tanding bawah GRS?
Published on: Monday, June 08, 2026
Published on: Mon, Jun 08, 2026
Text Size:
Text:
PH Sabah mungkin tanding bawah GRS?
Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) Sabah akan mempertahankan kerusi yang kini disandangnya di Sabah apabila pilihan raya Parlimen diadakan dan berkemungkinan besar akan bertanding menggunakan lambang Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Pengerusinya Datuk Mustapha Sakmud (gambar).

Beliau berkata perbincangan mengenai kerjasama pilihan raya masih berlangsung dan belum ada keputusan muktamad dibuat.

Advertisement
Terdapat juga rombakan kepimpinan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya umum diadakan lebih awal.

Datuk Ruji Ubi dilantik sebagai Setiausaha Datuk Chan Foong Hin sebagai Ketua Penerangan dan Irwan Shah Mustapa sebagai Bendahari.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gabungan itu turut mengekalkan Zaidi Jatil sebagai Ketua Pemuda, Datuk Jenny Lasimbang sebagai Ketua Wanita dan Datuk Peto Galim sebagai Pengarah Pilihan Raya dalam mesyuarat agung tahunan yang diadakan di sebuah hotel pada Ahad.

Beliau berkata penyertaan Ruji yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung di beberapa kementerian akan membantu memperkukuhkan kesiapsiagaan pentadbiran dan operasi.

Advertisement
“Kita tidak dapat meramalkan bila pilihan raya umum akan diadakan, tetapi persiapan mesti dimulakan sekarang. Penstrukturan semula ini bertujuan memperkukuh jentera dan memastikan kami benar-benar bersedia,” katanya.

Sementara itu, Mustapha berkata pihaknya mengalu-alukan pemberian geran khas interim sebanyak RM1.5 bilion oleh Kerajaan Persekutuan namun menegaskan pendirian bahawa hak Sabah menerima 40 peratus hasil bersih Persekutuan perlu dilaksanakan sepenuhnya.

Advertisement
“Walaupun ini merupakan bayaran interim tertinggi dalam sejarah, ia tidak menggantikan hak perlembagaan Sabah. Kami sebulat suara menegaskan bahawa kadar penuh 40 peratus itu mesti direalisasikan.

“Perbincangan dengan pihak berkuasa negeri dan Persekutuan, termasuk Kementerian Kewangan, akan diteruskan bagi mempercepatkan pelaksanaannya,” katanya.

Timbalan Pengerusi Datuk Phoong Jin Zhe pula menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyelesaikan isu tersebut secara tuntas.

“Sudah tiba masanya komitmen itu ditunaikan. Jadilah Perdana Menteri terbaik dalam sejarah Malaysia dan lakukan perkara yang betul untuk Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mustapha memperkecilkan kesan tindakan dua ketua cabang PKR dari Tuaran dan Semporna yang baru-baru ini keluar parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia.

“Kedua-dua cabang itu masih beroperasi dan kekal utuh kerana jawatankuasa masing-masing masih mencukupi untuk menjalankan fungsi mereka,” katanya.

“Malah parti-parti yang telah lama bertapak di sini juga berdepan cabaran di peringkat akar umbi. Bukan mudah bagi parti luar untuk mendapatkan pengaruh,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here