Sun, 7 Jun 2026
Headlines:
Hala tuju OGSE Sabah dirangka
Published on: Friday, June 05, 2026
Published on: Fri, Jun 05, 2026
By: Larry Ralon, Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Hala tuju OGSE Sabah dirangka
MASIDI (kedua, kiri) meninjau salah satu pameran pada acara itu.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Pelan lima tahun Hala Tuju Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas Sabah (OGSE) (2026–2030) sedang dirangka bagi membangunkan industri OGSE yang mampan.

Melangkah ke hadapan, katanya, Kerajaan Negeri percaya bahawa industri OGSE yang mampan tidak boleh dibangunkan hanya melalui pelan tindakan yang bersifat tegar dan ditentukan dari atas ke bawah semata-mata.

Advertisement
“Industri yang kukuh dan berdaya tahan perlu dibentuk melalui kerjasama erat antara kerajaan, Petronas dan semua pihak berkepentingan utama termasuk pengendali, kontraktor, vendor, persatuan industri, institusi kewangan serta penyedia latihan.

“Maklum balas daripada semua pihak berkepentingan adalah penting dalam pembangunan Pelan Hala Tuju OGSE Sabah Lima Tahun 2026–2030,” katanya pada Persidangan dan Pameran OGSE 2026 yang julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Ketua Menteri menggesa peserta persidangan OGSE memanfaatkan platform tersebut untuk membincangkan pelan strategik berkenaan.

Advertisement
“Pelan hala tuju ini mesti bersifat praktikal, diterajui industri dan berorientasikan hasil. 

“Ia perlu menangani kekangan sebenar yang dihadapi syarikat tempatan serta menyediakan laluan pertumbuhan yang jelas dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang kritikal,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata bidang fokus pertama ialah Akses kepada Modal: Mewujudkan kemudahan kredit yang boleh dipercayai serta pilihan modal kerja khusus bagi membolehkan vendor tempatan membiayai projek luar pesisir yang memerlukan modal besar.

Bidang fokus kedua ialah Peningkatan Teknikal: Menyediakan vendor tempatan untuk bersaing mendapatkan skop kejuruteraan yang lebih kompleks, khususnya dalam integriti aset dan aktiviti pembangunan utama di Sabah.

Manakala bidang fokus ketiga pula ialah Padanan Bakat: Menghubungkan peluang pekerjaan teknikal bernilai tinggi secara langsung kepada belia Sabah supaya bakat terbaik negeri ini terus berkhidmat di Sabah.

“Saya percaya perbincangan dan cadangan daripada persidangan ini amat penting kepada kita. 

“Sebab itulah anda semua berada bersama kami hari ini. Saya menantikan pandangan dan idea yang akan dikemukakan,” katanya. Beliau berkata sektor OGSE merupakan pemacu berpotensi tinggi bagi Sabah.

“Ia membolehkan peralihan daripada sekadar pengeluaran sumber kepada perkhidmatan bernilai tambah, di samping memupuk pertumbuhan inklusif dan menyokong matlamat SMJ 2.0 ke arah produktiviti lebih tinggi serta kemakmuran bersama.

“Lebih penting lagi, sektor ini menjadi pemacu utama pembangunan kandungan tempatan, penciptaan pekerjaan, pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kepelbagaian sumber hasil negeri,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here