Sat, 6 Jun 2026
Headlines:
Semakan kehakiman dimohon mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah
Published on: Thursday, June 04, 2026
Published on: Thu, Jun 04, 2026
Text Size:
Text:
Semakan kehakiman dimohon mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah
Kota Kinabalu: Seorang rakyat Sabah memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain berhubung dakwaan kegagalan melaksanakan dapatan serta syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah (2013).

Daniel John Jambun (gambar), 69, menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dan Peguam Negara Malaysia sebagai responden dalam permohonan itu.

Advertisement
Pemohon, dalam penyata yang difailkan mengikut Aturan 53 Kaedah 3(2), memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengambil “semua langkah yang perlu, sah dan munasabah” dalam bidang kuasa masing-masing untuk melaksanakan dapatan dan syor RCI berkenaan.

Beliau turut memohon deklarasi bahawa kegagalan responden berbuat demikian adalah menyalahi undang-undang, merupakan pelanggaran berterusan terhadap tugas awam dan bahawa mereka mempunyai kewajipan undang-undang yang berterusan untuk mempertimbangkan serta melaksanakan dapatan dan syor tersebut mengikut undang-undang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam penyatanya, Daniel menggambarkan dirinya sebagai warganegara Malaysia, pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Sepanggar dan anggota komuniti pribumi Dusunik yang diiktiraf di bawah Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan.

Menurut penyata itu, permohonan berkenaan menyentuh “keputusan, tindakan dan/atau kegagalan bertindak” oleh responden yang didakwa gagal mengambil langkah yang sah dan berkesan untuk melaksanakan dapatan serta syor berkenaan.

Advertisement
Pemohon mendakwa responden gagal mengambil langkah yang “munasabah, tepat pada masanya dan berkesan” dalam bidang kuasa mereka untuk melaksanakan dapatan dan syor tersebut.

Beliau turut mendakwa kegagalan bertindak terhadap dapatan serius yang melibatkan kewarganegaraan, tadbir urus dan keselamatan adalah “tidak munasabah dan tidak rasional”.

Advertisement
Penyata itu juga mendakwa responden gagal bertindak secara telus, konsisten dan selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.

Menurut penyata tersebut, kegagalan yang didakwa itu merupakan satu “keingkaran berterusan” dan responden masih terikat dengan tanggungjawab berterusan yang belum dilaksanakan.

Daniel mendakwa beliau mempunyai kepentingan yang mencukupi dan terkesan secara langsung serta negatif, termasuk dalam perkara berkaitan integriti proses pilihan raya di Sabah, pentadbiran kewarganegaraan dan pendaftaran yang sah, peruntukan serta penggunaan sumber awam, selain haknya sebagai warganegara dan pengundi.

Penyata itu turut menyatakan kes berkenaan membangkitkan isu kepentingan awam yang melibatkan kedaulatan undang-undang, integriti kewarganegaraan, tadbir urus berperlembagaan, pentadbiran awam dan kebertanggungjawaban undang-undang di Sabah.

Beliau juga menyatakan bahawa RCI Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah mengenal pasti “isu serius dan sistemik” berkaitan kewarganegaraan yang tidak sah, amalan pendaftaran yang tidak teratur serta kegagalan tadbir urus.

Pemohon mendakwa responden gagal, enggan dan/atau cuai mengambil langkah yang mencukupi, berkesan dan tepat pada masanya untuk melaksanakan dapatan dan syor berkenaan.

Beliau turut mendakwa kegagalan itu masih berterusan dan terus memberi kesan buruk yang serius terhadap tadbir urus serta keyakinan awam.

Pemohon menyatakan beliau mempunyai kes yang boleh dihujahkan dengan prospek kejayaan yang realistik serta telah memenuhi ambang syarat untuk mendapatkan kebenaran di bawah Aturan 53 Kaedah 3(1).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here