Sun, 7 Jun 2026
Headlines:
Beri Aku Waktu ruang anak Sabah sertai industri perfileman
Published on: Friday, June 05, 2026
Published on: Fri, Jun 05, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Beri Aku Waktu ruang anak Sabah sertai industri perfileman
ONN (duduk empat dari kanan) menyaksikan pemeteraian MoU di antara Steven Low (duduk dua dari kiri) dengan Jade Morris bagi pembikinan filem Beri Aku Waktu.
FILEM baharu keluaran produksi tempatan berjudul Beri Aku Waktu bakal membuka peluang luas kepada anak-anak Sabah melibatkan diri dalam industri perfileman apabila lebih 90 peratus pelakon dan kru produksi terdiri daripada rakyat di wilayah ini.

Pegawai Eksekutif 10Star Cinema Onn Norshal Hamzah berkata filem berkenaan dijadual memulakan produksinya tahun ini dan dijangka akan ditayangkan pada Januari tahun depan itu merupakan kolaborasi antara Universiti Malaysia Sabah (UMS), pemain industri filem Sabah serta pihak penerbit.

Advertisement
“Sasaran produksi adalah untuk memastikan hampir keseluruhan pelakon dan tenaga kerja di belakang tabir terdiri daripada anak-anak Sabah.

“Manakala hanya seorang pelakon dari Semenanjung yang mungkin dibawa masuk bagi memenuhi keperluan komersial.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain sepenuhnya produksi daripada Sabah, sebanyak 99 peratus pelakon filem ini dan lebih 90 peratus kru juga terdiri daripada anak-anak Sabah malah pelajar UMS dalam bidang perfileman akan turut diberi peluang terlibat sebagai kru produksi.

“Ini bukan saja platform pembelajaran malah peluang untuk mereka terlibat secara langsung dalam penerbitan filem komersial yang akan dipasarkan di peringkat nasional Januari tahun depan,” katanya selepas menyaksikan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) filem Beri Aku Waktu pada Rabu.

Advertisement
Mengulas lanjut Onn Norshal berkata MoU itu menghimpunkan semua pihak yang terlibat dalam penerbitan filem berkenaan termasuk UMS sebagai penasihat produksi, syarikat produksi On TV, pelabur dan 10 Star Cinema sebagai pengedar serta pemantau projek tersebut.

Menurutnya Beri Aku Waktu menjadi projek ketiga di bawah program 10Star Film Community (10Star FC) yang diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan pawagam, pemasaran, pengedaran dan pembikinan filem di Sabah.

Advertisement
“Sebelum ini kita telah menghasilkan dua filem pendek Sabah di bawah 10Star FC iaitu Bedilan dan Bas Malam. Semua projek pembangunan filem yang kita laksanakan untuk memberi fokus kepada bakat dan penggiat industri dari Sabah seterusnya memperkasakan industri filem di wilayah ini.

“Selain kerjasama dalam industri filem nasional kita turut berkolaborasi dengan produser serta pemain industri filem dari Jakarta, Indonesia yang sudah tentu akan turut memberi manfaat kepada industri di Sabah di masa depan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai filem seram Polong terbitan produksi dari Sabah yang berjaya mencatat kutipan RM5.5 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan Onn berkata filem seram terbitan Golden Star Picture yang turut berada di bawah rangkaian 10Star FC, terus mencatat kejayaan memberangsangkan apabila kutipan tayangannya kini melepasi RM7 juta dalam tempoh seminggu.

Katanya filem berkenaan merekodkan kutipan purata harian sekitar RM1.1 juta sejak mula ditayangkan pada 28 Mei lalu dan dijangka mencapai RM8 juta pada penghujung  minggu pertama tayangan.

“Filem Polong diarah oleh Zulkarnain Azhar yang sebelum ini mengarahkan filem Takluk Lahad Datu yang berkaitan juga dengan Sabah dan sudah tentu melaluinya, kita dapat perkongsian ilmu dari segi teknologi, pengajaran dan sebagainya.

“Kita juga berkolaborasi dengan produksi di Kuala Lumpur untuk memujudkan satu filem yang bersifat nasional dan komersial iaitu filem Polong ini manakala 10Star Cinema berperanan sebagai produksi serta pengedar filem ini,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here