Wed, 27 May 2026
Headlines:
Sukan platform bentuk jati diri generasi muda: Ishak
Published on: Sunday, May 24, 2026
Published on: Sun, May 24, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Sukan platform bentuk jati diri generasi muda: Ishak
ISHAK dan yang lain memeriksa salah satu kontinjen yang mengambil bahagian.
KENINGAU: Kejohanan olahraga sekolah bukan sekadar medan memburu pingat, tetapi platform penting untuk membentuk disiplin, kepimpinan dan jati diri generasi muda, kata Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Mohd Ishak Ayub.

Katanya, penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan perlu diperkasakan lagi selaras dengan hasrat pendidikan negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, jasmani, emosi dan sosial.

Advertisement
“Saya percaya kejohanan seperti ini bukan sahaja melahirkan atlet cemerlang, malah membentuk generasi muda yang berdisiplin, berani mencuba dan mampu bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Apin-Apin ke-53 2026 di Kompleks Sukan Keningau, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, pengerusi penganjur kejohanan, pengetua, guru besar, guru-guru, ibu bapa dan peserta kejohanan dari sekolah-sekolah Zon Apin-Apin.

Ishak turut mengingatkan pelajar agar sentiasa menghargai peluang yang diberikan dan menggunakan sukan sebagai medium untuk membina keyakinan diri dan semangat juang.

Advertisement
“Para pelajar sekalian, kemenangan bukan sahaja diukur dengan pingat yang diraih, tetapi juga melalui usaha, disiplin dan semangat untuk terus bangkit walaupun berdepan cabaran.

“Hari ini, ada di antara anda mungkin telah menang, dan mungkin ada yang tidak berjaya. Namun, jangan sekali-kali menganggap kegagalan sebagai penamat,” katanya.

Advertisement
“Jangan mudah berputus asa kerana setiap atlet yang hebat bermula dengan langkah kecil dan latihan yang serius.

“Mana tahu dari padang ini akan lahir atlet-atlet hebat dari Keningau dan Zon Apin-Apin yang mampu mengharumkan nama Sabah dan Malaysia pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Ishak turut merakamkan penghargaan kepada guru dan ibu bapa yang disifatkan sebagai tulang belakang kejayaan pelajar melalui sokongan, bimbingan dan komitmen berterusan selain mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here