Mon, 18 May 2026
Headlines:
IBBM platform perkasa kempen beli barangan tempatan
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
IBBM platform perkasa kempen beli barangan tempatan
Armizan berkata, program itu turut menampilkan reruai jualan oleh usahawan tempatan, pameran dan kaunter perkhidmatan oleh agensi kerajaan dan rakan strategik KPDN, selain pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.
KOTA KINABALU: Penganjuran Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia (IBBM) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menjadi antara platform strategik di bawah inisiatif Kita Beli Barangan Malaysia (KBBM) untuk memperluaskan promosi serta pasaran produk tempatan.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program dua hari bermula Sabtu itu, yang dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor, membuka peluang baharu kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk setempat.

Advertisement
Katanya, program IBBM merupakan antara platform utama KBBM yang diwujudkan bagi menghimpunkan pelbagai pemain industri tempatan, sekali gus menjadi pemangkin kepada pengukuhan permintaan dan kebolehpasaran barangan buatan Malaysia di peringkat domestik.

Pada masa sama, katanya, program itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna tentang kepentingan menyokong produk tempatan, di samping membuka peluang lebih luas kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka kepada pengguna dan pembeli berpotensi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelbagai segmen produk ditampilkan sepanjang dua hari program ini berlangsung, termasuk makanan dan minuman (F&B), gaya hidup, kecantikan, fesyen, kraf tangan dan perkhidmatan yang melibatkan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta jenama premium tempatan,” katanya di sidang media sempena program IBBM, di sini, Sabtu.

Armizan berkata, program itu turut menampilkan reruai jualan oleh usahawan tempatan, pameran dan kaunter perkhidmatan oleh agensi kerajaan dan rakan strategik KPDN, selain pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Advertisement
Selain aktiviti jualan dan pameran katanya, satu sesi forum dan bicara keusahawanan turut diadakan dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Wanita Sabah yang berjaya menarik penyertaan kira-kira 500 peserta.

Menurutnya, sesi itu akan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang perniagaan, strategi pemasaran dan inspirasi keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan masing-masing.

Advertisement
“Penganjuran IBBM di Kota Kinabalu merupakan siri pertama daripada lima siri Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di seluruh negara sepanjang 2026.

“Penganjurannya juga sebagai mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh ekosistem perniagaan tempatan dan menggalakkan rakyat untuk terus memilih serta menyokong produk buatan Malaysia.

“Melalui inisiatif KBBM, kerajaan berharap lebih banyak produk tempatan dapat menembusi pasaran yang lebih luas, meningkatkan pendapatan usahawan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here