Sun, 31 May 2026
Headlines:
Pendidikan, pelancongan, makanan tradisi perkukuh hubungan Indo-Malaysia
Published on: Thursday, May 28, 2026
Published on: Thu, May 28, 2026
By: Lorena Binisol
Text Size:
Text:
Pendidikan, pelancongan, makanan  tradisi perkukuh hubungan Indo-Malaysia
DARI kiri Yogo, Zakti Nusantara dan Caesario Prayogo.
Kota Kinabalu: Keluarga Indonesia di Kalimantan sejak dahulu lagi telah menghantar anak-anak mereka ke Sabah bagi tujuan pendidikan khususnya memperkukuh penguasaan Bahasa Cina.

Menerusi pemindahan ibu kota negara itu ke Kalimantan Timur yang semakin dekat dengan Sabah melalui Tawau ia sekali gus hubungan ekonomi dijangka akan bertambah kukuh, melengkapi ikatan budaya dan pendidikan yang sedia ada.

Advertisement
Konsul Ekonomi di Konsulat Indonesia Yogo Pamungkas berkata pihaknya menekankan bahawa hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia telah memungkinkan kerjasama melalui pendidikan, pelancongan dan aktiviti ekonomi. 

“Walaupun Kalimantan Timur belum menjadi ibu kota baharu Indonesia namun ramai penduduk telah memilih Sabah untuk pendidikan dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah di sana bagi memperkukuh Bahasa Cina. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pendidikan telah lama menjadi jambatan antara kedua-dua negara. Dengan ibu kota semakin dekat ke Sabah melalui Tawau, kita menjangkakan lebih banyak aktiviti ekonomi positif akan berlaku,” katanya.

Yogo turut menyatakan bahawa Padang di Sumatera yang terletak lebih dekat dengan Semenanjung Malaysia juga bakal mendapat manfaat. 

Advertisement
Menurutnya ramai rakyat Indonesia sudah melawat Malaysia untuk rawatan perubatan dan trend ini dijangka terus meningkat seiring dengan pelancongan.

Sementara itu Yogo menegaskan bahawa Bukittinggi di Padang diiktiraf sebagai tempat lahirnya masakan Padang yang telah mendapat sambutan luas di Sabah. 

Advertisement
“Hidangan terkenal seperti rendang menjadi makanan ruji di banyak rumah dan berfungsi sebagai jambatan budaya antara Sumatera dan Malaysia.

“Oleh itu kita mengundang pengamal media untuk melawat Bukittinggi dan merasai sendiri tarikan pelancong di sana. 

“Dengan mempromosikan keindahan alam semula jadi, tradisi budaya dan warisan kulinari saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan meneroka Sumatera Barat dan mengukuhkan hubungan rentas sempadan,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here