Thu, 28 May 2026
Headlines:
Sabah intai perkukuh IP untuk produk tempatan
Published on: Monday, May 25, 2026
Published on: Mon, May 25, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah intai perkukuh IP untuk produk tempatan
ARMIZAN (kedua dari kanan) melihat produk Sabah Tea sambil diberikan taklimat oleh pegawai Sabah Tea manakala Ketua Pengarah MyIPO Yusnieza Syarmila Yusoff (kedua dari kiri) dan yang lain memerhati.
RANAU: Sabah menjadi antara penyumbang utama kepada portfolio Petunjuk Geografi (GI) negara iaitu 31 daripada 130 GI setakat April tahun ini sebagaimana rekod Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata GI menjadi antara instrumen harta intelek (IP) paling strategik dalam membangunkan ekonomi berasaskan identiti, reputasi dan keunikan produk tempatan, sekali gus berperanan sebagai mekanisme ekonomi yang meletakkan barang tempatan sebagai produk premium bernilai tinggi.

Advertisement
Menurutnya, antara produk GI yang berjaya membina identiti pasaran tersendiri termasuk Sabah Tea, Tenom Coffee, Borneo Virgin Coconut Oil, Sabah Seaweed, Tawau Cocoa, Tambunan Ginger dan Batik Sabah.

Katanya, sejajar dengan potensi pembangunan aset harta intelek berasaskan identiti tempatan Sabah, KPDN menerusi MyIPO sedang membangunkan mekanisme perlindungan harta intelek yang lengkap dan tersusun termasuk mewujudkan Pelan Pembangunan Harta Intelek Sabah 2026-2030.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Usaha ini merupakan antara agenda memperkasa ekonomi berasaskan inovasi dan harta intelek melalui pengukuhan perlindungan IP, pembangunan penilaian IP, pembiayaan berasaskan IP serta peluasan pasaran produk tempatan melalui penjenamaan strategik Sabah.

“Pada masa sama, pelan ini akan memberi fokus untuk membangunkan ekosistem harta intelek yang lebih bersepadu termasuk mengenal pasti GI baharu bagi produk bernilai tinggi termasuk produk pertanian tanah tinggi, rumpai laut dan kraftangan komuniti tempatan.

Advertisement
“Langkah ini juga bagi memastikan kekayaan biodiversiti, warisan budaya dan kearifan lokal Sabah dapat diterjemahkan kepada sumber ekonomi yang memberi manfaat terus kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan sempena Jelajah Harta Intelek, di sini, pada Ahad

Mengulas lanjut, Armizan berkata KPDN melalui MyIPO akan terus memperkukuh agenda pembangunan harta intelek sebagai antara pemangkin utama pertumbuhan ekonomi akar umbi khususnya dalam mengangkat potensi produk tempatan yang berteraskan identiti, warisan dan keunikan setempat.

Advertisement
Sehubungan itu, katanya, menerusi pendekatan tersusun dan strategik, usaha itu diharap dapat membuka peluang lebih luas kepada komuniti, usahawan tempatan dan pemain industri untuk menjadikan harta intelek sebagai aset menjana nilai ekonomi mampan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

Mengenai jelajah itu, katanya, pelaksanaan inisiatif berkenaan sebagai pendekatan mengenal pasti dan memperkasa lagi potensi produk tempatan yang boleh dilindungi serta dikomersialkan secara lebih strategik sebagai aset harta intelek.

Menurutnya, pemilikan harta intelek dalam pelbagai bentuk seperti perlindungan GI, cap dagangan, paten dan hak cipta dilihat berupaya meningkatkan daya saing produk tempatan dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

“Program Jelajah Harta Intelek kali ini melibatkan Sabah Tea, produk keluaran syarikat tempatan Desa Tea Sdn Bhd dalam industri perladangan teh yang terletak di Ranau dan telah mengusahakan ladang teh itu yang mula beroperasi sejak 1973 manakala pengeluaran dan penghasilan teh bermula sejak 1978 dengan keluasan 6,200 ekar yang dikelilingi hutan hujan tropika berusia lebih 130 juta tahun.

“Sabah Tea bukan sekadar terlibat dalam penghasilan teh tetapi turut membangunkan ekosistem perniagaan yang merangkumi sektor hospitaliti, pelancongan berasaskan pengalaman serta produk hiliran yang memanfaatkan identiti dan reputasi asal usul geografinya.

“Syarikat ini juga telah memperoleh perlindungan GI dan antara contoh terawal kejayaan pemanfaatan instrumen harta intelek di Sabah bagi melindungi identiti produk berasaskan asal usul geografi di Malaysia,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here