Thu, 28 May 2026
Headlines:
Dadah: Dua warga Filipina ditahan di Telipok
Published on: Monday, May 25, 2026
Published on: Mon, May 25, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Dadah: Dua warga Filipina ditahan di Telipok
Tuaran: Dua lelaki warga Filipina diberkas bersama 65.04 gram syabu bernilai RM3,252 dalam serbuan di Taman Telipok Ria, di sini, Sabtu.

Dalam kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah, dalam operasi kira-kira jam 6.50 petang itu, seorang suspek cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis namun berjaya diberkas manakala seorang lagi ditahan di lokasi kejadian.

Advertisement
Turut dirampas empat telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM3,180, sebuah Proton Preve dan seluar jeans pendek dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan pengedaran dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek berusia 35 dan 28 tahun itu negatif dadah selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan awal juga mendapati dadah itu dipercayai dijual dalam kuantiti kecil di kawasan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here