Sat, 30 May 2026
Headlines:
‘Budaya dan pembangunan perlu bergerak seiring’
Published on: Thursday, May 28, 2026
Published on: Thu, May 28, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
‘Budaya dan pembangunan perlu bergerak seiring’
RUSDIN bersama Armizan, Jonathan dan tetamu kenamaan lain disambut setibanya di majlis tersebut.
RANAU: Pemeliharaan warisan budaya sambil meneruskan pembangunan amat penting dalam memperkukuhkan identiti masyarakat serta menjamin kemajuan masa depan kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Rusdin Riman sempena sambutan sulung Pesta Kaamatan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) itu.

Rusdin berkata masyarakat Paginatan sememangnya sinonim dengan sambutan Kaamatan dan sering meraikannya bersama sebagai satu komuniti dan keluarga besar.

Advertisement
“Budaya memainkan peranan penting dalam membentuk nilai seperti kerjasama, saling menghormati dan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat.

“Ini menunjukkan budaya tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat dan rakyat yang mempertahankannya,” katanya sempena majlis yang berlangsung di Dewan Kampung Kilimu terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Acara dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Mengulas lanjut Rusdin menyatakan sambutan sulung peringkat kawasan itu tahun ini memberi nilai tambah kepada pembangunan komuniti khususnya menerusi promosi seni tradisional, makanan tempatan, kraftangan, adat resam dan industri kreatif yang turut berpotensi menyumbang kepada ekonomi setempat serta sektor pelancongan.

Advertisement
Memetik pandangan tokoh ilmuwan negara Syed Hussein Alatas, Rusdin berkata pembangunan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kemajuan ekonomi semata-mata sebaliknya perlu merangkumi nilai budaya, pemikiran kritis dan pengukuhan identiti masyarakat.

Rusdin menambah keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan budaya amat penting bagi memastikan warisan tradisi terus subur walaupun zaman terus berubah.

Advertisement
“Pesta Kaamatan Paginatan tahun ini membawa tema “Momogompi Koubasanan, Popoingkakat Tinungkusan” atau “Memelihara Budaya, Mengangkat Warisan.

“Tema tersebut mencerminkan harapan agar budaya tradisional terus dihargai generasi muda selain menjadi unsur penyatuan dan pemangkin ekonomi masyarakat,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here