Sat, 30 May 2026
Headlines:
Lelaki simpan dua telefon bimbit curi didenda
Published on: Wednesday, May 27, 2026
Published on: Wed, May 27, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki simpan dua telefon bimbit curi didenda
Chan didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 23 tahun didenda RM6,500 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa kerana memiliki dua telefon bimbit curi.

Nathaniel Chan Yie Yien mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan itu yang dilakukan di hadapan Public Bank di Jalan Tapikong, Pekan Baru Donggongon, Penampang kira-kira jam 11 pagi pada 18 Mei lalu.

Advertisement
Dua telefon berkenaan ialah iPhone 13 Mini dan iPhone 12 Pro Max milik seorang lelaki Md Putra Vadleyshah Mdd Azmi.

Chan didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Inspektor Yusdi Basri selaku pendakwa memaklumkan mahkamah bahawa polis menahan Chan di hadapan bank berkenaan dan menemui dua iPhone itu dalam simpanannya ketika pemeriksaan dijalankan.

Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 65 tahun dipenjara empat bulan dan didenda RM1,000 atau penjara dua bulan kerana mencuri selimut dari sebuah premis pusat beli-belah.

Advertisement
Abdirauf Asakil mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan mencuri selimut kapas bernilai RM139.90 dari kedai Kaison di Imago Shopping Mall kira-kira jam 1.53 petang pada 22 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah diberitahu pihak pendakwaan bahawa Abdirauf mengambil selimut berwarna kelabu itu dan menanggalkan alat keselamatan yang dipasang pada barangan berkenaan.

Dia kemudian memasukkan selimut tersebut ke dalam beg kertas sebelum keluar dari premis tanpa membuat bayaran.

Perbuatannya dikesan pekerja kedai menerusi rakaman CCTV dan dia ditahan di hadapan premis selepas keluar bersama barangan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berjalan bermula dari tarikh dia ditahan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here