Fri, 29 May 2026
Headlines:
Ladang diberi 6 bulan selesai isu pencemaran 
Published on: Tuesday, May 26, 2026
Published on: Tue, May 26, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Ladang diberi 6 bulan selesai isu pencemaran 
JAMAWI (kanan) mendengar penjelasan cadangan daripada wakil syarikat perunding bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah di ladang itu.
TAMPARULI: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar memberi tempoh enam bulan kepada sebuah ladang ternakan di Kampung Kauluan untuk menyelesaikan aduan pencemaran biogas yang dibangkitkan penduduk, atau berdepan kemungkinan tindakan lebih tegas daripada kerajaan.

Beliau mengeluarkan amaran itu selepas melawat ladang berkenaan pada Isnin dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap langkah pencegahan serta pembetulan yang sedang dilaksanakan pihak syarikat.

Advertisement
“Saya masih belum berpuas hati dengan langkah-langkah yang dibentangkan.

“Saya telah menetapkan jadual untuk turun sendiri ke kawasan ini setiap tiga bulan bagi memantau perkembangan dan memastikan semua yang dibincangkan benar-benar dilaksanakan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Jamawi, sekiranya masalah itu masih berlarutan selepas tempoh enam bulan, beliau tidak akan teragak-agak mencadangkan campur tangan lebih tegas oleh Kerajaan Negeri.

“Jika dalam tempoh enam bulan masalah ini masih berterusan dan gagal diselesaikan, saya tidak akan teragak-agak mencadangkan kerajaan mengambil tindakan lebih drastik,” katanya.

Advertisement
Beliau menegaskan kebajikan masyarakat tidak boleh dikorbankan semata-mata untuk melindungi operasi syarikat.

“Kita tidak mahu melindungi beberapa syarikat sahaja tetapi dalam masa sama menjejaskan kehidupan lebih ramai penduduk kampung.

Advertisement
“Kawasan ini sepatutnya menjadi contoh. Walaupun ia penting dari segi biosekuriti negeri dalam pengeluaran ayam dan telur, ia mesti bebas daripada pencemaran,” katanya.

Jamawi turut mengemukakan dua alternatif sekiranya syarikat gagal menangani isu berkenaan dengan berkesan.

Menurutnya, ladang yang telah beroperasi hampir 15 tahun itu boleh dipindahkan ke lokasi lain atau melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk komuniti terjejas.

“Adalah wajar syarikat menyumbang kepada masyarakat setempat sama ada melalui bantuan pendidikan, kemudahan asas atau dana kebajikan sebagai tanda penghargaan kepada penduduk kawasan ini,” katanya.

Walaupun mengakui industri ternakan penting kepada pembangunan ekonomi Sabah, Jamawi menegaskan pertumbuhan industri tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

“Industri ini sememangnya penting untuk pembangunan ekonomi negeri, tetapi ia tidak boleh mengorbankan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan kementeriannya akan terus memantau operasi ladang berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan.

“Kami akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan penduduk kampung sentiasa terpelihara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here