Wed, 20 May 2026
Headlines:
Isu berkaitan AKPS perlu diperhalusi
Published on: Tuesday, May 19, 2026
Published on: Tue, May 19, 2026
Text Size:
Text:
Isu berkaitan AKPS perlu diperhalusi
Mustapha, yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, berkata hasil perbincangan mendapati terdapat beberapa aspek dalam akta itu yang memerlukan penjelasan lanjut.
Kota Kinabalu: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata isu berkaitan Akta Kawalan Perkhidmatan dan Sistem (AKPS) perlu diperhalusi susulan kekeliruan yang timbul daripada pelaksanaannya di Sabah.

Beliau berkata perkara itu dikenal pasti selepas menerima kunjungan Kesatuan Jabatan Imigresen Sabah dan meminta taklimat daripada Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Advertisement
Mustapha, yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, berkata hasil perbincangan mendapati terdapat beberapa aspek dalam akta itu yang memerlukan penjelasan lanjut.

“Justeru, saya mencadangkan satu sesi libat urus diadakan antara agensi berkaitan dan jika perlu, kita akan memohon Kerajaan Negeri membawa perkara ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menegaskan bahawa perkara berkaitan imigresen perlu dihormati selaras peruntukan di bawah MA63.

“Bagi saya, isu imigresen mesti dihormati dan kita akan memastikan perkara ini kekal di bawah Kerajaan Negeri seperti termaktub dalam MA63,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat jawatankuasa teknikal, ia boleh dibawa ke Jawatankuasa Utama MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Mustapha berkata demikian selepas majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Madani Sijil Pelajaran Malaysia 2025 (SPM) yang diadakan di Politeknik Kota Kinabalu, di sini, Isnin.

Advertisement
Seramai 477 pelajar di kawasan Parlimen Sepanggar menerima anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik mereka.

Terdahulu, Mustapha berkata penerima terdiri daripada pelajar yang memperoleh antara 6A hingga 12A dalam peperiksaan berkenaan.

Beliau berkata, program itu juga membuktikan keberkesanan inisiatif Tuisyen Madani percuma yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.

“Kami gembira apabila seramai 80 pelajar mencapai keputusan cemerlang selepas mengikuti Tuisyen Madani percuma di Parlimen Sepanggar, berbanding hanya 12 pelajar tahun lalu.

“Ini menunjukkan program itu berkesan dan kami akan memperluaskannya ke sekolah-sekolah berhampiran yang memerlukan,” katanya.

Beliau menggalakkan golongan belia di kawasan Sepanggar memaklumkan kepada Pejabat Parlimen sebaik menerima surat tawaran melanjutkan pengajian.

Katanya, insentif sekali bayar telah disediakan kepada penerima yang layak sama ada mendapat tawaran ke universiti awam, universiti swasta atau institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Anda hanya perlu memaklumkan kepada Pejabat Parlimen Sepanggar dan melampirkan surat tawaran,” katanya.

Pada majlis sama, beberapa anugerah lain turut disampaikan termasuk Anugerah Sekolah Terbaik, Anugerah Anjakan Paradigma (Sekolah) dan Anugerah Khas YB Mustapha Sakmud: Pelajar Terbaik.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Johari @ Jaibet Sabin; wakil Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Nirazmilah Sulaiman; dan Pengarah Pejabat Parlimen Sepanggar Ahsim Jamat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here