PAITAN: Candycyci Liakim, 25, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Daerah Paitan 2026 pada sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah itu yang diadakan di Dewan Datuk James Ratib, Pekan Botition pada Ahad.
Candycyci menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000, selempang, mahkota, tropi, jambangan bunga dan sijil penyertaan.
Pemahkotaan disempurnakan Unduk Ngadau Daerah Paitan 2025 De Souza Rojer.
Selaku juara Candycyci juga akan mewakili daerah Paitan ke pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri pada hujung bulan ini di KDCA, Penampang.
Lebih menarik Candycyci juga bakal bertemu kakak kembarnya Caesyzizi Liakim yang juga Unduk Ngadau Lahad Datu 2026 yang bakal bertanding sama pada pertandingan itu.
Dalam pada itu naib johan dimenangi Chellyana Tensu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta tropi, selempang, jambangan bunga dan sijil penyertaan.
Advertisement

Sementara ditempat ketiga dimenangi Bridget Michael Bouniu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta tropi, selempang, jambangan bunga dan sijil penyertaan.
Hadiah disampaikan isteri Naib Presiden KDCA yang juga Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut Datuk James Ratib iaitu Datin Noriah Pg Ahmad.