DARREN Koh muncul juara kategori terbuka dalam Pertandingan Gusti Lengan sempena Perayaan Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Keningau pada Ahad.
Pertandingan itu berjaya menarik penyertaan 20 peserta tempatan yang bersaing penuh semangat bagi merebut gelaran juara.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Kemenangan tersebut melayakkan Darren membawa pulang hadiah wang tunai RM200, manakala Andy Gee di tempat kedua menerima RM150 dan Edward Jelis di tempat ketiga membawa pulang RM100.
Selain gusti lengan, acara yang turut dipertandingkan antaranya tarik tali, melastik dan cabaran rampanau Rampanau Challenge dalam program yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat itu.
Kelihatan Darren
(kanan) yang ditabal juara.