Mon, 18 May 2026
Headlines:
Jadikan Pesta Kaamatan medan utama pelihara tradisi Sabah
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jadikan Pesta Kaamatan medan utama pelihara tradisi Sabah
Mengulas lanjut Dr Joachim berkata kekayaan warisan kebudayaan unik yang dimiliki Sabah bukan sahaja sekadar identiti, malah kini diangkat sebagai antara tonggak penting dalam pembangunan negeri di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
KOTA KINABALU: Segenap lapisan masyarakat di Sabah digesa untuk menjadikan perayaan Pesta Kaamatan sebagai medan utama dalam memelihara tradisi dan budaya warisan nenek moyang agar tidak hilang ditelan zaman.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata kebudayaan mencerminkan identiti sebenar rakyat Sabah yang kaya dengan kepelbagaian etnik sekali gus perlu dipertahankan dan diwariskan secara aktif kepada generasi muda dan golongan belia.

Advertisement
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 berkata pemeliharaan identiti kaum seperti Tatana, Bisaya, Dusun dan Kadazan adalah tanggungjawab bersama selaras dengan prinsip “kalau bukan kita, siapa lagi?,”.

“Jika kita tidak mewariskan budaya ini kita juga akan hilang ditelan zaman. Apabila budaya itu sudah hilang maka ertinya identiti kita sebagai orang Sabah juga akan lenyap,” katanya kepada Bernama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei setiap tahun dengan acara kemuncak pada 30 dan 31 Mei merupakan perayaan tradisi masyarakat di Sabah sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian yang diperoleh selain menjadi simbol perpaduan komuniti.

Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan etnik pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa serta 80 dialek etnik dan kumpulan etnik besar antaranya Kadazan-Dusun, Bajau, Murut dan Rungus.

Advertisement
Dr Joachim turut melahirkan rasa gembira kerana pada masa kini, pelbagai aspek kebudayaan termasuk sukan tradisi sedang popular setelah dipromosikan semula kepada masyarakat.

Mengulas lanjut beliau berkata kekayaan warisan kebudayaan unik yang dimiliki Sabah bukan sahaja sekadar identiti, malah kini diangkat sebagai antara tonggak penting dalam pembangunan negeri di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Advertisement
Dalam pada itu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah itu turut menekankan kepentingan memelihara aspek perpaduan selaras dengan tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Menuai Perpaduan, Merayakan Keharmonian”.

Dr Joachim berkata rakyat diingatkan agar tidak mengambil mudah terhadap keamanan dan perpaduan yang dinikmati ketika ini, sebaliknya perlu terus bekerja keras bagi menyatupadukan seluruh masyarakat merentasi kepelbagaian subetnik.

“Memandangkan jumlah penduduk asal Sabah adalah relatifnya kecil, iaitu kurang daripada tiga juta orang berbanding keseluruhan populasi Malaysia yang mencecah lebih 33 juta, semangat bersatu padu amat kritikal untuk dibina.

“Sekiranya kita tidak bersatu padu, perkara inilah yang akan menjadikan kita ke belakang dari segi pembangunan sosioekonomi. Sebab itu pada bulan Mei ini, kita ‘menuai’ perpaduan yang kita ada,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here