Fri, 15 May 2026
Headlines:
Karnival Kebudayaan dan Sukan Tradisi Tuaran catat sambutan memberangsangkan
Published on: Wednesday, May 13, 2026
Published on: Wed, May 13, 2026
Text Size:
Text:
Karnival Kebudayaan dan Sukan Tradisi Tuaran catat sambutan memberangsangkan
Ahli jawatankuasa penganjur bergambar bersama sebahagian pemenang pada karnival itu.
TUARAN: Lebih 500 pengunjung memeriahkan Karnival Kebudayaan dan Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Tuaran 2026 yang berlangsung di Padang Pekan Tamparuli baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Belia KDCA (KYC), Steve Johnny Mositun, yang juga Ketua Pengelola Sukan Tradisi Kaamatan Tuaran 2026, berkata program itu mencatat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan peserta dan pengunjung dari pelbagai daerah di Sabah termasuk luar negeri ini.

Advertisement
“Penganjuran karnival tersebut bukan sahaja memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan di daerah ini, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan perpaduan masyarakat melalui aktiviti sukan tradisi dan kebudayaan yang diwarisi turun-temurun,” katanya.

Antara acara yang dipertandingkan sepanjang karnival ialah tarik tali, menyumpit, rampanau, melastik serta acara kemuncak “Orang Kuat Tuaran” yang menarik perhatian pengunjung dan peminat acara lasak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Acara bina badan yang berlangsung pada sebelah malam pula menjadi penutup rasmi karnival dalam suasana meriah.

Pegawai Pembangunan Masyarakat Kiulu yang juga Pengerusi Karnival Kebudayaan dan Sukan Tradisi, Justin Ginduk, merakamkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan program tersebut.

Advertisement
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada KYC atas komitmen dan kerjasama erat dalam menjayakan edisi kedua penganjuran karnival berkenaan.

Menurut beliau, acara “Orang Kuat Tuaran” kategori novis yang dilokalisasikan sebagai identiti sukan komuniti daerah Tuaran kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggiat dan peminat acara lasak dari seluruh Sabah termasuk penyertaan dari Labuan dan Miri, Sarawak.

Advertisement
“Penyertaan luar daerah dan luar Sabah ini membuktikan bahawa konsep pelancongan sukan atau sport tourism mempunyai potensi besar untuk diperkasakan melalui acara kebudayaan dan sukan tradisi seperti ini,” katanya.

Beliau berkata pihak penganjur komited untuk menambah baik penganjuran pada masa akan datang agar Karnival Kebudayaan dan Sukan Tradisi Kaamatan Daerah Tuaran dapat berkembang sebagai salah satu acara tahunan utama pelancongan sukan dan kebudayaan di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here