Sun, 17 May 2026
Headlines:
4 anggota asal bakal hadiri konsert Peterpan di Kuala Lumpur
Published on: Saturday, May 16, 2026
Published on: Sat, May 16, 2026
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
4 anggota asal bakal hadiri konsert Peterpan di Kuala Lumpur
ANGGOTA pengasas Peterpan iaitu Ilsyah Ryan Reza, Loekman Hakim, Andika Naliputra dan Indra akan membuat kemunculan menerusi konsert The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita pada 11 Julai depan.

Penganjur berkata konsert yang bakal dipentaskan di Idea Live Arena, Kuala Lumpur itu akan menjadi pertemuan semula antara peminat dan anggota pengasas Peterpan dengan satu bab kehidupan yang pernah dianggap sudah berlalu.

Advertisement
“Apa yang menjadikan Peterpan begitu istimewa bukan sekadar lagu-lagunya tetapi memori yang melekat bersama lagu tersebut.

“Semua orang seperti mengingati di mana mereka berada, siapa yang mereka cintai atau apa yang mereka rasa ketika lagu-lagu ini mula menjadi sebahagian daripada hidup mereka,” kata wakil penganjur.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Itulah sebabnya konsert ini terasa berbeza. Ramai bukan sekadar membeli tiket untuk menonton persembahan tetapi untuk merasai semula satu perasaan.”

Penganjur turut mendedahkan barisan penuh artis yang bakal menghidupkan semula lagu-lagu legenda Peterpan dalam konsert terbabit.

Advertisement
Mendahului senarai yang paling dinantikan ialah vokalis kumpulan Dewa Marcello Tahitoe (Ello) iaitu figura rock Indonesia yang cukup dihormati dengan vokal penuh jiwa dan penghayatan emosi mendalam.

Turut bersama ialah vokalis kumpulan Kotak Tantri Syalindri – wanita bertenaga besar yang dikenali dengan aura rock serta persembahan pentas luar biasa di samping Rony Parulian, antara bintang muda Indonesia paling menyerlah ketika ini yang berjaya memikat generasi baharu menerusi persembahan vokal penuh emosi.

Advertisement
Juga bakal menghangatkan malam itu ialah Arda Hatna yang dikenali dengan kekuatan melodinya manakala Hael Husaini pula akan membawa sentuhan emosi Malaysia ke dalam legasi muzik yang sudah lama dekat di hati peminat serantau.

Pihak penganjur turut memberi bayangan bahawa masih terdapat beberapa kejutan tambahan yang dirahsiakan menjelang malam konsert nanti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here