Tue, 19 May 2026
Headlines:
Persekutuan digesa percepat projek perumahan rakyat
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Persekutuan digesa percepat projek perumahan rakyat
Nizam berkata sebuah tapak yang sesuai untuk pelaksanaan projek perumahan kos rendah bertingkat berkenaan di Kg Kuala Apas yang memperuntukkan 1,000 unit rumah sudah dikenalpasti, malah usul berkaitan sudah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Persekutuan.
TAWAU: Kerajaan Persekutuan digesa untuk mempercepatkan pembinaan projek perumahan rakyat baharu bagi menangani isu penempatan setinggan dan menyediakan perumahan untuk mangsa kebakaran di daerah ini.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kekurangan perumahan sewajarnya terus mendedahkan penduduk di kawasan setinggan berpenduduk padat kepada risiko kebakaran.

Advertisement
Beliau berkata kawasan penempatan yang lebih selamat dan kondusif harus menjadi keutamaan bagi membantu menyelamatkan warga terlibat daripada terus terdedah kepada ancaman kebakaran.

“Sebab itu, kita berharap kerajaan (Persekutuan) hari ini dapat mempercepatkan pembinaan projek perumahan rakyat baharu untuk kemudahan rakyat, terutama penduduk setinggan dan mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Nizam berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kepada 20 mangsa kebakaran dari lima kampung iaitu Kg Tanjung Batu Laut, Kg Tanjung Batu Tengah, Kg Titingan, Kg Iban Merotai dan Kg Pondok Pisang Hilltop, di pekarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT), di sini, pada Sabtu.

Adun Apas itu berkata sebuah tapak yang sesuai untuk pelaksanaan projek perumahan kos rendah bertingkat berkenaan di Kg Kuala Apas yang memperuntukkan 1,000 unit rumah sudah dikenalpasti, malah usul berkaitan sudah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Persekutuan.

Advertisement
“Usul kita ini juga mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Negeri, khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan KPKT Negeri. Kita berharap memperolehi kelulusan peruntukan secepatnya daripada KPKT Persekutuan supaya projek ini dapat disegerakan,” katanya.

Nizam berkata cadangan projek perumahan itu dijangka membantu mengurangkan masalah penginapan mereka yang kehilangan kediaman akibat kebakaran.

Advertisement
Beliau juga mengingatkan mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi kebakaran, khususnya penempatan padat seperti setinggan, supaya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan pembinaan rumah untuk mencegah kebakaran.

Menteri itu menekankan pentingnya mematuhi peraturan penyambungan elektrik selain sentiasa berwaspada semasa memasak di dapur bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Kalau boleh, elak mendiami rumah yang berisiko kebakaran seperti di setinggan dengan berusaha mencari tempat tinggal yang lebih selamat dan selesa.

“Pastikan juga tapak yang dipilih adalah kawasan penempatan sah untuk mendirikan kediaman,” katanya.

Menurutnya, langkah pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penyambungan elektrik secara haram juga harus dipergiatkan lagi bagi memastikan mereka yang dikesan melanggar undang-undang dapat diberikan tindakan sebagai langkah keselamatan dan mengelak ketirisan bekalan daripada terus berlaku.

Menyentuh bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, Nizam merakamkan penghargaan atas keprihatinan Ketua Menteri melalui Yayasan Kebajikan Sabah membantu meringankan beban mangsa kebakaran di lima kampung terlibat.

“Kita berharap mangsa terjejas ini tabah dalam meneruskan kehidupan masing-masing dan kita sedia membantu sekiranya mereka menepati syarat untuk memohon bantuan perumahan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Tanjung Batu Dr Andi Shamsureezal Mohd Sainal, Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Joseph Pang serta wakil-wakil jabatan dan agensi berkaitan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here