Sun, 17 May 2026
Headlines:
285 warga Filipina dihantar pulang 
Published on: Friday, May 15, 2026
Published on: Fri, May 15, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
285 warga Filipina dihantar pulang 
ANTARA warga Filipina yang dihantar pulang.
LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menghantar pulang 285 warga Filipina menerusi program repatriasi melalui Pelabuhan Lahad Datu ke Pelabuhan Bongao, Filipina, pada Rabu.

Program itu melibatkan 88 lelaki, 82 wanita, 60 kanak-kanak lelaki dan 55 kanak-kanak perempuan berusia antara lapan hingga 77 tahun. Semua kanak-kanak yang terlibat dalam program itu diiringi ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Advertisement
Pengarah Imigresen Sabah Sitti Saleha Habib Yusoff pada Khamis berkata, semua peserta terdiri daripada tahanan di Depot Imigresen Papar dan Sandakan.

Beliau berkata sehingga kini seramai 2,970 warga asing, termasuk 1,835 warga Filipina, telah dihantar pulang ke negara asal menerusi program berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, semua yang terlibat dalam program itu telah melengkapkan proses perundangan di Malaysia dan memiliki dokumen perjalanan yang sah serta disahkan.

Sementara itu, majikan digalakkan menyertai program pengumpulan data digital warga asing yang dilaksanakan kerajaan negeri menerusi Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Sabah (SWIMS) bagi mengurus serta merekod kehadiran pekerja asing di Sabah.

Advertisement
Inisiatif itu dijangka membantu menangani isu dokumentasi dan kemasukan pendatang tanpa izin di Sabah.

Jabatan itu turut menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana majikan yang didapati melindungi pekerja asing tanpa dokumen sah.

Advertisement
Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here