Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 53 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi pada Rabu atas pertuduhan menyeludup seorang migran warga Filipina tanpa dokumen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Nihmah Hashim membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Tertuduh yang tidak bekerja didakwa bersama dua lagi individu yang masih bebas menyeludup seorang migran Filipina tanpa dokumen pada 31 Oktober 2025 kira-kira jam 5.30 pagi di KKIA.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 26A akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus ketika memohon tarikh sebutan memaklumkan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Mahkamah menetapkan 12 Jun untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh terus ditahan reman.
Nihmah diwakili peguam Datuk Ram Singh.