Sun, 10 May 2026
Headlines:
Tujuh resort Semporna diarah tutup sementara kerana pelbagai kesalahan termasuk operasi tanpa lesen
Published on: Saturday, May 09, 2026
Published on: Sat, May 09, 2026
Text Size:
Text:
Tujuh resort Semporna diarah tutup sementara kerana pelbagai kesalahan termasuk operasi tanpa lesen
Jafry berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan sektor pelancongan di Semporna termasuk aspek pelesenan dan bersedia membantu pengusaha mendapatkan lesen yang diperlukan.
SEMPORNA: Tujuh resort di perairan Semporna dikompaun dan diarah tutup sementara selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen sah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, beberapa pekerja resort turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah menerusi operasi bersepadu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bersama polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Advertisement
Jafry berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan sektor pelancongan di Semporna termasuk aspek pelesenan dan bersedia membantu pengusaha mendapatkan lesen yang diperlukan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pengusaha perlu tampil memohon lesen yang sah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Setakat ini, lebih 60 pengusaha pelancongan sedang menunggu kelulusan lesen, namun masih terdapat kira-kira 80 pengusaha yang belum memohon lesen sah,” katanya.

Jafry berkata, Motac akan mengambil tindakan berterusan dan tidak menolak kemungkinan pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan struktur binaan yang beroperasi secara tidak sah.

Advertisement
Dalam pada itu, Jafry berkata, bagi menangani isu pekerja tanpa dokumen, kementeriannya telah menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu kritikal dalam industri pelancongan di Semporna.

“Semporna ini tempat yang cantik, jadi kita mahu pastikan pelancongan yang ditawarkan adalah sah,” katanya kepada pemberita selepas Program Tinjauan Keselamatan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) di Semporna.

Advertisement
“Jika tidak, ia dikhuatiri boleh melibatkan risiko keselamatan pelancong. Sekiranya berlaku insiden, tuntutan insurans juga boleh menjadi masalah. Ini antara risiko yang dihadapi pelancong.”

Dalam pada itu, Jafry berkata, kementeriannya akan memastikan semua pengusaha pelancongan di Sabah beroperasi secara sah dengan memiliki lesen yang dikeluarkan kerajaan, termasuk usaha mengesan operator tidak berlesen di Kundasang.

“Kundasang adalah antara destinasi pelancongan utama Sabah. Kita dapati terdapat kes tidak berlesen, jika berlaku insiden, ia boleh mencalarkan imej Sabah.

“Tambahan pula, kawasan itu berisiko kerana terletak di lereng bukit dan terdedah kepada gempa bumi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here