Sun, 17 May 2026
Headlines:
IPD Penampang anjur ujian tembak perbaharui lesen senjata api
Published on: Friday, May 08, 2026
Published on: Fri, May 08, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
IPD Penampang anjur ujian tembak perbaharui lesen senjata api
PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melaksanakan ujian tembak tahunan sempena proses pembaharuan lesen senjata jenis shotgun, bagi menilai tahap kecekapan serta pengendalian selamat senjata api dalam kalangan pemilik lesen.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton berkata, program dilaksanakan bermula pada 5 Mei hingga 7 Mei itu, melibatkan pemilik lesen senjata api berdaftar di daerah ini. Penampang merupakan daerah kedua tertinggi di Sabah merekodkan jumlah pemilik lesen shotgun iaitu seramai 199 orang.

Advertisement
Katanya, pelaksanaan ujian tembak berkenaan juga bertujuan memastikan setiap pemilik lesen mematuhi syarat serta prosedur ditetapkan sebelum pembaharuan lesen senjata api diluluskan pihak berkuasa.

“Setiap pemilik lesen senjata api perlu sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, disiplin serta mematuhi segala syarat pemilikan yang ditetapkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Senjata api yang dimiliki juga perlu disimpan dengan selamat dan tidak disalahgunakan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan awam,” katanya pada Khamis.

Menurutnya, pelaksanaan ujian tembak secara berkala merupakan antara langkah penting dalam memastikan setiap pemilik lesen masih mempunyai tahap kompetensi dan kemahiran pengendalian senjatapi yang baik selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Advertisement
“IPD Penampang menegaskan komitmennya untuk memastikan pemilikan dan penggunaan senjata api oleh orang awam sentiasa berada dalam keadaan terkawal, berdisiplin serta mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here